Tasik Paya Besar ada potensi jadi hab anjur pelbagai acara

KUANTAN – Terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Kuantan, Taman Tasik Paya Besar dekat sini, memiliki potensi tersendiri dalam menjadi ‘tuan rumah’ kepada pelbagai acara.

Hujung minggu lalu, tasik buatan manusia itu menjadi hos kepada program ‘Pasar Sera X Aokmer Music’ yang menghimpunkan puluhan vendor dan barisan artis tempatan.

Inisiatif menjadikan tasik berkenaan ‘kembali hidup’ adalah hasil cetusan idea Yayasan Pahang, pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, selepas dinaik taraf, kawasan tasik itu menjadi tumpuan utama komuniti sekitar untuk beriadah.

“Boleh dikatakan setiap petang, kawasan tasik ini penuh dengan pengunjung yang berjoging dan brisk walk.

“Kita melihat Tasik Paya Besar sebagai satu lokasi yang berpotensi untuk menjadi daya penarik baharu, terutamanya untuk aktiviti kecergasan dan santai,” katanya.

Kemuncak penganjuran Pasar Sera malam tadi menyaksikan ribuan pengunjung hadir memeriahkan suasana.

Kemunculan artis terkenal seperti Datuk Awie dan Ippo Hafiz menambahkan lagi kehangatan program itu.

Hadir sama pada malam kemuncak itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi dan penyelaras DUN Lepar, Mustaqim Zakaria.

Sementara itu, Mustaqim memaklumkan, kejayaan penganjuran ‘Pasar Sera X Aokmer Music’ itu membuktikan tasik berkenaan mampu menjadi hab penganjuran pelbagai acara berkelas nasional.

“Kehadiran ramai pengunjung menunjukkan bahawa kawasan ini memiliki daya tarikan tersendiri dan boleh dimanfaatkan oleh semua pihak.

“Ia juga membuka ruang kepada perkembangan ekonomi setempat, seperti mana pada penganjuran kali ini, kebanyakan vendor adalah dari kawasan Paya Besar dan Lepar,” katanya.

Mustaqim dalam masa sama merakam penghargaan kepada Mohd Shahar dan Mahmud serta MBK yang memberi sokongan penuh bagi penganjuran program berkenaan.

Katanya, pemilihan Tasik Paya Besar juga memberi nilai tambah kepada kawasan itu, selain membuka peluang kepada lebih banyak program bermanfaat kepada komuniti setempat dianjurkan di kawasan terbabit.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai