Semua daerah di Terengganu dilanda banjir

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin buruk apabila semua lapan daerah terjejas, dengan Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu dinaiki air.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, seramai 4,602 mangsa daripada 1,308 keluarga dipindahkan ke 66 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di seluruh negeri, lapor Berita Harian.

Kemaman mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 1,511 orang membabitkan 407 mangsa dipindahkan ke 14 PPS, diikuti Marang dengan 1,335 mangsa daripada 371 keluarga di sembilan PPS.

Setiu pula merekodkan 973 orang daripada 291 keluarga yang kini berlindung di 23 PPS, disusuli Dungun seramai 332 orang daripada 80 keluarga di lapan PPS.

Kuala Terengganu merekodkan 240 mangsa dengan 103 keluarga dipindahkan di dua PPS, manakala Hulu Terengganu mencatatkan 140 mangsa dan Besut, 71 mangsa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, Kuala Nerus mula terjejas pagi tadi, menjadikan keseluruhan lapan daerah dilanda banjir.

Cuaca masih tidak menentu dengan hujan berterusan sejak malam tadi menambah kebimbangan terhadap kemungkinan jumlah mangsa terus meningkat.

Sebahagian besar kawasan terjejas membabitkan kampung rendah berhampiran sungai yang melimpah akibat taburan hujan berterusan sejak dua hari lalu.

Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil risiko meredah laluan dinaiki air dan segera berpindah jika diarah petugas keselamatan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi penyelamat lain giat menjalankan pemantauan dan pemindahan di kawasan terjejas.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan