Sandakan perlukan kolej tinggi TVET – Ahmad Zahid

SANDAKAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan supaya sebuah kolej tinggi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dibangunkan di Sandakan bagi memenuhi keperluan pendidikan serta permintaan industri di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata, ketika ini Sabah hanya mempunyai sebuah Institut Kemahiran MARA (IKM) iaitu di Kota Kinabalu manakala di seluruh negeri terdapat 24 GiatMARA yang memerlukan kesinambungan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Kawasan Sandakan dan sekitarnya sangat memerlukan sebuah kolej TVET bertaraf kolej komuniti bagi menampung permintaan pendidikan teknikal.

“Selepas GiatMARA, pelajar perlukan institusi seterusnya, namun pilihan terhad kerana hanya satu IKM sahaja di Sabah,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih Desa di Dewan Sibuga Jaya, Batu 8, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, pembangunan kolej TVET di Sandakan penting memandangkan daerah itu berdepan kekurangan sektor industri tradisional termasuk perkayuan, sekali gus memerlukan rangsangan ekonomi baharu.

“Pada perkiraan KKDW dan MARA, Sandakan perlu ditawarkan kursus-kursus TVET bagi melahirkan tenaga kerja lebih kompeten.

“Satu daripada lima penganggur di negara ini datang dari Sabah dan perkara ini mesti diselesaikan,” ujarnya.

Beliau yakin penubuhan kolej tersebut mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji lebih kompetitif, melebihi kadar gaji minimum yang ditetapkan.

Menjawab soalan mengenai pelaksanaan, Zahid berkata peruntukan akan dipercepatkan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

“Insya-Allah, selepas PRN17 kita akan segerakan peruntukan untuk dibawa ke sini,” katanya.

Related Posts

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

PUTRAJAYA – Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat telah berjaya meletakkan semula Malaysia pada landasan ekonomi yang lebih stabil, kredibel dan berdaya saing di peringkat antarabangsa berbanding era…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan ummah atau perceraian politik?

‘PERPADUAN Ummah’ ialah antara slogan paling kerap diulang oleh Pas dalam dua dekad terakhir. Ia kedengaran mulia, menyentuh emosi umat Islam dan memberikan gambaran bahawa Pas ialah parti yang sentiasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah