5 positif dadah dalam serbuan Op Hiburan di Padungan

KUCHING – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menjalankan Op Hiburan di sebuah pusat hiburan sekitar Padungan malam tadi dalam usaha mengekang penyalahgunaan dadah di premis hiburan.

Dalam operasi berkenaan, satu premis diperiksa dan seramai 21 individu termasuk lelaki dan wanita diuji melalui saringan awal.

Menurut pihak polis, lima daripada mereka didapati positif dadah dan kesemua ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis memaklumkan operasi seumpamanya akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan bagi memastikan premis hiburan tidak menjadi lokasi aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pihak IPD Kuching turut menegaskan bahawa penguatkuasaan berterusan penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai