Menteri Besar Pahang tiba di Kuching mulakan lawatan kerja tiga hari

KUCHING – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bersama isteri Datin Seri Datuk Burhah Mohammed, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam tadi bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Sarawak.

Pesawat yang membawa rombongan beliau mendarat sekitar 8.20 malam dan disambut oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, mewakili kerajaan negeri.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Sarawak dan Pahang, selain membuka ruang kerjasama strategik dalam bidang pembangunan, budaya dan ekonomi rakyat.

Difahamkan, program rasmi Menteri Besar bermula dengan Majlis Makan Malam Penghargaan Sarawak-Pahang yang dijadual berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Jumaat malam.

Majlis itu dijangka menyerlahkan hubungan erat kedua-dua negeri menerusi persembahan kebudayaan dan simbolik semangat kerjasama dalam memajukan pembangunan berasaskan rakyat.

Pada Sabtu, rombongan dijadual melawat Seri Gedong Songket di Simunjan, bagi meninjau kehalusan hasil tenunan tradisional Sarawak yang kini menjadi lambang warisan seni tempatan.

Lawatan tersebut juga bertujuan memperkukuh sokongan terhadap penggiat kraftangan tempatan serta memartabatkan warisan tekstil Bumi Kenyalang di peringkat nasional.

Pada sebelah malam, Menteri Besar dijangka menghadiri Majlis Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025 di Tebingan Sungai Kuching, yang bakal menampilkan gabungan persembahan tradisional dan moden, diserikan dengan pertunjukan air pancut muzik serta bunga api.

Program rasmi Wan Rosdy dijangka berakhir pada 2 November, manakala Datin Sri Diraja Burhah akan meneruskan penglibatan dalam aktiviti berteraskan kebudayaan dan komuniti tempatan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua negeri dalam memperkukuh diplomasi budaya, memperluas jaringan kerjasama ekonomi, serta memperteguh semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kepelbagaian Malaysia.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang