Pas cipta isu ‘penjajahan ekonomi Amerika’ untuk tutup kegagalan urus ekonomi negeri

NARATIF songsang pembangkang kononnya Malaysia menyerahkan dasar ekonomi kepada Amerika Syarikat (AS) terbukti satu lagi taktik mengalih perhatian daripada kegagalan mereka mentadbir negeri dengan baik.

Kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Saari yang mendakwa wujud ‘Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS’ yang menyerahkan kuasa kawal selia kepada Washington adalah tidak berasaskan fakta dan disangkal oleh dokumen rasmi White House sendiri.

Hakikatnya, tiada perjanjian perdagangan pun yang dimeterai, sebaliknya hanya Kenyataan Bersama (Joint Statement) antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perjanjian tidak pernah wujud

Dalam dokumen rasmi White House tiada langsung sebarang klausa yang memberi hak kepada Washington mengawal dasar kawal selia Malaysia.

Malah, kenyataan Trump sendiri menekankan manfaat ‘peluang pekerjaan untuk rakyat Amerika’ bukti bahawa lawatan Trump ke Malaysia lebih kepada kepentingan politik domestik AS, bukan agenda menjajah Malaysia.

Malaysia sebagai rakan setara, bukan negara jajahan

Dakwaan Pas bahawa Malaysia menjadi mangsa ‘penjajahan baharu’ adalah tidak berasas.

Dalam kenyataan White House, Malaysia digambarkan sebagai rakan pelabur strategik, bukan penerima arahan.

Malaysia memiliki lebihan perdagangan dengan AS, dan antara tiga pelabur terbesar di rantau ini.

Bahkan ini membawa mesej bahawa Malaysia juga mampu melabur di luar negara satu gambaran keyakinan ekonomi negara yang berdaulat.

Strategi lama Pas: Cipta musuh luar, tutup gagal urus dalam

Melihat serangan Pas ini dilihat tidak lebih sebagai percubaan mengalih perhatian daripada kelemahan ekonomi di negeri tadbiran mereka sendiri.

Terengganu, Kelantan dan Kedah masih bergantung besar kepada hasil petroleum, sementara kadar pelaburan baharu dan peluang pekerjaan sektor berteknologi tinggi kekal rendah.

Apabila rakyat mula mempersoalkan kegagalan dasar ekonomi negeri, Pas memilih jalan mudah cipta musuh luar dan salahkan kerajaan pusat.

Skrip ‘kerajaan tunduk kepada Amerika’ adalah skrip lama yang dimainkan semula bagi menghasut sentimen anti-Barat dan antikerajaan.

Ironinya, Pas sendiri mengalu-alukan pelaburan dari China, Timur Tengah dan Jepun di negeri mereka tanpa pernah menyebut ‘penjajahan ekonomi’.

Jelas bahawa hujah mereka bukan soal prinsip kedaulatan, tetapi politik kebencian dan selektif.

Kerjasama antarabangsa bukan penjajahan

Dalam dunia moden, semua negara termasuk Malaysia perlu menjalin hubungan dagang dengan kuasa ekonomi dunia.

Kerjasama dengan AS, China, Jepun, EU dan Timur Tengah bukan tanda tunduk ia tanda kematangan diplomasi ekonomi.

Kerajaan MADANI kini meneruskan dasar luar bebas dan pragmatik:
‘Bersahabat dengan semua, bermusuhan dengan tiada,’ sambil memastikan setiap rundingan berpaksikan kepentingan nasional.

Pas takut bayang sendiri

Pas cuba memanipulasi dokumen rasmi White House yang jelas bukan perjanjian, demi membina naratif kononnya kerajaan pusat menjual kedaulatan.

Namun hakikatnya, tiada negara yang merdeka menyerahkan dasar kawal selia kepada kuasa luar hanya dengan kenyataan bersama diplomatik.

Yang sebenarnya ‘tergadai’ hari ini bukan kedaulatan negara, tetapi maruah politik Pas sendiri yang semakin kehabisan modal selepas gagal membawa perubahan ekonomi bermakna di negeri mereka.

“Kebenaran mesti dijelaskan, bukan disorok di sebalik serban propaganda.”

Related Posts

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

SUNGGUH melucukan apabila bulan dan bintang pada Jalur Gemilang di Dataran Batu Buruk, Terengganu, tiba-tiba ‘menghilang’ dan alasan yang diberikan ialah masalah teknikal serta tiupan angin yang kuat. Begitulah penjelasannya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Oleh: Fathi Aris Omar ULASAN | Orang Pakatan Harapan (PH) jangan sedih sangat. Orang Perikatan Nasional (PN) jangan seronok sangat. Perubahan hanyalah parti politik. Negara kita tidak berubah-ubah. Macam inilah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis