Kaunter Khidmat Bergerak dekati komuniti Miri

MIRI – Program Kaunter Khidmat Bergerak anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri terus menjadi platform efektif dalam mendekati masyarakat apabila ia diadakan baru-baru ini di Wong Kee Cafe Sdn. Bhd.

Program yang berlangsung bermula 8 pagi hingga 10 pagi itu bertujuan memberi akses terus kepada penduduk setempat terhadap pelbagai perkhidmatan kerajaan dan bantuan kebajikan awam.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah penerimaan aduan awam, permohonan Kenyalang Gold Card, semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bantuan kebajikan serta khidmat nasihat mengenai isu setempat.

Menurut Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, inisiatif itu memberi peluang kepada masyarakat untuk menyampaikan pandangan dan aduan secara langsung kepada pasukan Parlimen, di samping memperoleh maklumat yang tepat mengenai pelbagai urusan kerajaan.

“Melalui program seperti ini, kami dapat mendengar sendiri suara rakyat dan memahami pandangan mereka terhadap isu semasa serta dasar kerajaan.

“Kaunter Khidmat Bergerak menjadi wadah penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih inklusif, mesra rakyat dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk menganjurkan pelbagai program lain seperti taklimat bersama agensi kerajaan dan khidmat nasihat perundangan bagi memenuhi keperluan masyarakat pelbagai lapisan di kawasan Miri.

Pasukan Parlimen Miri turut akan memperluas pelaksanaan Kaunter Khidmat Bergerak ke kawasan lain secara berperingkat bagi memastikan lebih ramai penduduk di seluruh daerah dapat menikmati manfaat program tersebut.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam