Rekod baharu kehadiran media antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN

PENGANJURAN Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila menerima kehadiran paling ramai pengamal media antarabangsa, menjadikannya antara acara diplomatik terbesar di rantau ini tahun ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jepun merekodkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran lebih 300 pengamal media dari negara berkenaan.

“Jumlah wartawan yang paling besar dalam sejarah Sidang Kemuncak ASEAN yang kita adakan di Malaysia dengan lebih 300 wartawan dari negara Jepun sahaja.

“Dan ini satu detik yang cukup bersejarah,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão, menjadi pemimpin kerajaan pertama tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

Antara pemimpin dunia lain yang dijangka berhimpun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hujung minggu ini termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Perdana Menteri China, Li Qiang; Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa; serta Perdana Menteri wanita pertama Jepun, Sanae Takaichi.

Mereka akan disertai Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva; Naib Perdana Menteri China, He Lifeng; dan Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa.

Turut hadir ialah Menteri Luar Finland, Elina Valtonen; Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn dan isteri Khen Rany; Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste, Bendito dos Santos Freitas; Menteri Luar Indonesia, Sugiono; serta Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan, Djamari Chaniago.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dengan tema Keterangkuman dan Kemampanan akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober ini di Kuala Lumpur.

Sidang kemuncak itu menghimpunkan pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN dan rakan dialog, selain menyaksikan kemasukan rasmi Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN yang dijangka dimuktamadkan pada 26 Oktober ini.

Sidang kali ini dijangka menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah penganjuran ASEAN, selain menandakan kali kelima Malaysia mempengerusikan kumpulan serantau itu sejak 1967, selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu