Pensyarah Unimap rangkul Anugerah Emas Berganda di London

ARAU – Seorang penyelidik tempatan terus mencipta nama di persada antarabangsa selepas berjaya mengondol Double Gold Award pada Global Women Inventors & Innovators Network (GLOBALWIIN) Summit of Roundtables & Awards 2025 yang berlangsung di London, United Kingdom, baru-baru ini.

Penyelidik dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Dr. Norazian Mohamed Noor dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA) menerima pengiktirafan itu menerusi inovasi bertajuk Smart Air Quality Forecasting Tool for Transboundary Haze Events in Southeast Asia.

Inovasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) itu menggabungkan kaedah statistik dan ramalan pintar bagi menjangka kepekatan bahan pencemar udara semasa episod jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara.

“Kejayaan Dr. Norazian membuktikan kemampuan penyelidik universiti berkenaan untuk bersaing di pentas global melalui penyelidikan berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat.

“Kejayaan ini mencerminkan kualiti penyelidikan yang dijalankan oleh warga Unimap serta komitmen universiti dalam memperkukuh bidang inovasi dan teknologi hijau di peringkat antarabangsa,” kata Pusat Komunikasi Korporat (PKK) Unimap dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa inovasi berkenaan berpotensi disepadukan dengan sistem pemantauan kualiti udara sedia ada bagi membantu pihak berkuasa membuat tindakan awal semasa peningkatan mendadak zarah pencemar di atmosfera.

Dr. Norazian berkata, cabaran jerebu di rantau ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan awam, malah memberi impak besar kepada ekonomi dan alam sekitar.

“Inovasi ini dihasilkan bagi membantu masyarakat serta agensi berkaitan membuat keputusan dan tindakan awal berdasarkan ramalan kualiti udara yang lebih tepat,” katanya.

GLOBALWIIN merupakan platform antarabangsa yang memberi pengiktirafan kepada wanita cemerlang dalam bidang inovasi, ciptaan dan keusahawanan di seluruh dunia.

Majlis penyampaian anugerah berprestij itu disempurnakan oleh Presidennya, Dr. Bola Olabisi dan menghimpunkan penyelidik serta inovator wanita dari pelbagai negara.

Penyertaan ke pertandingan itu turut melalui proses penilaian ketat meliputi penyerahan dokumen sokongan dan sesi pembentangan akhir di hadapan panel antarabangsa.

PKK Unimap menambah, pencapaian Dr. Norazian turut memperkukuh reputasi universiti itu sebagai institusi berteraskan teknologi dan inovasi di bawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

“Pencapaian ini menjadi inspirasi kepada penyelidik wanita lain untuk terus berinovasi, selain membuktikan keupayaan Unimap menyumbang kepada penyelidikan yang berimpak tinggi selaras dengan aspirasi negara,” katanya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan