Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar 2025 perkasa wanita dalam pembangunan luar bandar

KOTA KINABALU – Kira-kira seramai 300 peserta wanita luar bandar dari seluruh Sabah menghadiri Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Negeri Sabah 2025 yang menjadi platform penting dalam memperkasa peranan wanita sebagai pemacu pembangunan komuniti luar bandar.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, seminar itu adalah satu langkah proaktif bagi mengangkat kepimpinan wanita luar bandar, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup serta potensi dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial.

“Seminar ini bukan sahaja menjadi platform untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tetapi juga sebagai satu langkah penting dalam memperkasakan peranan wanita khususnya dalam pembangunan luar bandar.

“Tema seminar pada hari ini ‘Wanita Inklusif, Desa Progresif’ adalah sangat relevan dalam usaha kita untuk meningkatkan peranan wanita dalam pembangunan negara terutama di kawasan luar bandar,” katanya ketika merasmikan seminar Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar 2025 di Hilton Hotel di sini, pada Rabu.

Jelasnya, wanita adalah nadi utama dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam pembangunan luar bandar.

“Peranan wanita bukan sahaja terhad dalam keluarga, tetapi mereka adalah ejen perubahan yang mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan,” ujarnya.

Beliau berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited untuk memperkasa wanita luar bandar melalui pelbagai program dan inisiatif di bawah Dasar Pembangunan Luar Bandar bagi memastikan akses sama rata terhadap peluang pembangunan, pendidikan dan pekerjaan yang mampan.

“Tahun ini sahaja sebanyak 1,300 peserta wanita dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah dilatih di bawah dua program utama berkaitan wanita.

“Kita melaksanakan Kursus Pemerkasaan Komuniti Desa: Modul Wanita sebanyak lapan siri yang melibatkan 400 peserta dan tiga Siri Seminar kepimpinan Wanita Luar Bandar yang melibatkan 900 peserta wanita,” tambahnya.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA