Keputusan 40 peratus hasil negeri komitmen kerjasama Sabah, Persekutuan

KOTA KINABALU – Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengesahkan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan disifatkan sebagai kemenangan bersama yang mengukuhkan hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam semangat Malaysia MADANI.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan bersejarah itu bukan sekadar pengiktirafan terhadap hak perlembagaan negeri, malah mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam menunaikan tanggungjawab seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kami lega dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan semakan semula terhadap geran khas bagi tahun-tahun yang tertinggal dalam tempoh 90 hari.

“Keputusan ini mengesahkan hak Sabah seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, khususya di bawah Perkara 112C dan 112D,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Hajiji berkata, keputusan tersebut menunjukkan keberkesanan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam memperjuangkan pelaksanaan hak Sabah seperti yang dijamin di bawah MA63.

Beliau menegaskan bahawa pendekatan berasaskan rundingan, saluran rasmi dan semangat saling menghormati antara kedua-dua pihak menjadi asas penting dalam memastikan hak perlembagaan Sabah terus ditegakkan tanpa menjejaskan keharmonian Persekutuan.

“Kami telah memperjuangkan isu ini tanpa henti melalui setiap saluran rasmi, setiap mesyuarat MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, dan melalui banyak surat rasmi yang dihantar ke Putrajaya. Tidak sekali pun kami membiarkan perkara ini terhenti.

“Dengan keputusan ini, kami berharap Kerajaan Persekutuan akan menunaikan tanggungjawabnya seperti yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, penerimaan bayaran interim oleh Kerajaan Negeri sebelum ini adalah tanpa menjejaskan hak perlembagaan Sabah dan penjelasan terhadap rekod sejarah termasuk ‘Share of Growth of Federal Revenue Derived from Sabah (1964–1968)’ memainkan peranan penting dalam menegaskan bahawa niat asal Perkara 112C dan 112D kekal tidak berubah.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri akan berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan perintah Mahkamah dalam semangat kerjasama dan saling menghormati, serta memastikan hak perlembagaan Sabah direalisasikan sepenuhnya.

Hajiji turut menzahirkan penghargaan kepada Sabah Law Society (SLS) atas peranan besar mereka membawa isu ini ke mahkamah demi kepentingan awam, sambil menegaskan bahawa perjuangan menuntut hak Sabah tidak seharusnya dilihat sebagai konfrontasi, tetapi sebagai usaha memperkukuh perpaduan dalam Persekutuan Malaysia.

Menurut keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Celestina Stuel Galid, kedua-dua Kerajaan  Persekutuan dan Negeri  perlu mencapai persetujuan bersama dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah itu, selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan