Mata pelajaran baharu Pendidikan Karakter diperkenal, jadi tunjang kurikulum 2027

KUALA LUMPUR – Mata pelajaran Pendidikan Karakter akan menjadi tunjang utama kepada Kurikulum Persekolahan 2027 yang bakal dilaksanakan bermula tahun depan, sebagai langkah memperkasa pembangunan peribadi dan sahsiah murid secara menyeluruh.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM ketika ini sedang membuat persiapan bagi pelaksanaan kurikulum itu yang akan dimulakan oleh prasaringan sekolah bagi memperkasa lagi pembangunan peribadi dan sahsiah murid.

Kata beliau, pada masa sama, KPM akan terus memberi tumpuan kepada aspek nilai, akhlak dan peribadi yang terkandung dalam kurikulum sedia ada.

“Antara perkara yang sedang kita lakukan ketika ini termasuk membuat persiapan  berkaitan kurikulum 2027 iaitu kurikulum baharu yang mana dalam kurikulum ini  terdapat satu mata pelajaran yang penting dan diteras kepada semua iaitu Pendidikan Karakter.

“Jadi untuk pengkhususan kurikulum baharu ini, kita telah pun meletakkan bahawa antara perkara yang paling penting adalah terkait rapat dengan Pendidikan Karakter ini. Justeru,  bermula tahun hadapan, kurikulum ini akan dimulakan oleh prasekolah akan memulakan terlebih dahulu terkait rapat dengan kurikulum baharu ini.

“Perdekatan pendidikan karakter ini akan menjadi tunjang yang akan terus diberikan perhatian penuh berkaitan dengan apa yang dihasratkan oleh seluruh warga pendidikan terkait rapat dengan pendidikan karakter,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PN Temerloh, Salamiah Mohd Nor mengenai langkah KPM dalam menilai semua kurikulum sedia ada agar lebih menekankan pembinaan sahsiah, jati diri, akhlak, iman dan integriti, susulan masalah keruntuhan moral dalam kalangan murid yang berpunca daripada diri mereka sendiri.

Dalam pada itu, bagi Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen BN Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengenai langkah KPM menangani isu kesihatan mental murid termasuk membabitkan pakar psikiatri, Fadhlina menjelaskan, KPM melaksanakan saringan minda sihat terhadap murid dua kali setahun.

Beliau memaklumkan, berdasarkan laporan diterima pihaknya, sekiranya terdapat sebarang tanda kemurungan dan tekanan, murid yang memerlukan sokongan dan intervensi akan dirujuk kepada pihak yang lebih berautoriti, termasuk di peringkat KKM.

“Secara keseluruhannya, intervensi melalui pakar psikiatri itu sudah pun berlangsung tetapi kali ini, dengan reformasi serta-merta ini, kita perkukuhkan lagi dengan latihan dan program, termasuk intervensi segera.

“Ini juga harus didukung oleh ibu bapa kerana ibu bapa juga berada dengan anak-anak dalam rumah itu dalam suatu jangka masa yang sangat panjang,” katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad bahawa banyak perkara negatif berkait sistem pendidikan negara ‘disimpan bawah karpet’, Fadhlina berkata, ia tidak bermaksud kes yang berlaku di sekolah disembunyikan namun,terdapat insiden yang sudah dilaporkan.

“Beliau tidak bermaksud ada kes disembunyi tetapi terdapat insiden di sekolah sebenarnya sudah diketahui atau dimaklumkan kepada pihak berkaitan, sama ada guru, pentadbir, guru kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah (JPN) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), namun pada ketika itu dianggap sebagai kes kecil, tidak serius atau bersifat sementara.

“Akibat persepsi itu, tindakan intervensi yang diambil mungkin bersifat ringan dan tidak menyeluruh. Itu yang sangat menggusarkan hati kami kalau kes-kes seperti ini tidak diberikan perhatian dan kami tidak dapat melaksanakan siasatan dan intervensi yang menyeluruh,” katanya.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu