Lelaki ditahan bantu siasatan kes penipuan pembelian kenderaan dalam talian

SARATOK – Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan pembelian kenderaan secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan di Sungai Maong pada jam 10.05 malam, 10 Oktober lalu.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah membuat pembelian sebuah kenderaan melalui iklan dalam talian yang disiarkan oleh akaun dikenali sebagai Global Automobile & Service pada tahun 2024,” jelasnya.

Menurut beliau, mangsa telah membuat lima transaksi pemindahan wang berjumlah RM4,163.50 ke beberapa akaun bank berbeza, namun tidak menerima kenderaan yang dijanjikan.

Hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan yang dikenal pasti sebagai ‘mule’ akaun dalam transaksi tersebut.

“Suspek mengaku akaun bank yang digunakan adalah miliknya, namun mendakwa tidak mengetahui mengenai kemasukan wang berkenaan,” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

DSP Mathew menegaskan bahawa pihak polis komited membanteras jenayah komersial di daerah ini.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan tawaran pembelian dalam talian yang meragukan dan segera melaporkan sebarang aktiviti penipuan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Untuk rekod, sepanjang minggu ini IPD Saratok telah berjaya menahan enam individu berkaitan kes penipuan dalam talian.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan