Bawa pulang sukarelawan GSF: Diplomasi berprinsip, Malaysia bermaruah – AMK Perlis

KANGAR – Diplomasi berprinsip, Malaysia bermaruah. Demikian penegasan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Perlis apabila menyifatkan kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa pulang 23 sukarelawan rakyat Malaysia daripada tahanan rejim Zionis Israel sebagai detik bersejarah negara.

Ketua AMK Perlis, Azzin Izzad Bahanudin berkata, pencapaian itu menjadi bukti bahawa pendekatan diplomasi tegas, berprinsip dan bijaksana yang dipimpin Perdana Menteri telah membuahkan hasil nyata.

“Malaysia tidak perlu menggadaikan maruah atau tunduk kepada mana-mana kuasa besar untuk mencapai kejayaan diplomasi.

“Hasilnya rakyat kita selamat, maruah negara pula tetap terpelihara,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya, kejayaan itu bukan sahaja memberi kelegaan kepada keluarga mangsa, malah ia juga mengangkat martabat Malaysia di pentas antarabangsa sebagai sebuah negara yang konsisten memperjuangkan hak rakyat serta prinsip kemanusiaan sejagat.

Beliau pada masa sama mengecam keras tindakan Israel menahan rakyat Malaysia tanpa asas perundangan yang sah dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa.

“Rejim Zionis terus membuktikan sifat kejam dan zalim mereka. Perbuatan menahan rakyat Malaysia ini jelas tidak berperikemanusiaan dan bercanggah dengan prinsip undang-undang antarabangsa,” ujarnya lagi.

Katanya, AMK Perlis berdiri teguh bersama kepimpinan Anwar dalam memperjuangkan keadilan, keamanan serta kedaulatan rakyat Malaysia termasuk masyarakat antarabangsa yang berdepan kezaliman.

Beliau menegaskan, keberanian dan kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menguruskan isu diplomasi global memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan hari ini.

“Pencapaian ini adalah manifestasi kepimpinan berwibawa yang sentiasa mendahulukan rakyat dan maruah negara,” katanya.

AMK Perlis turut menzahirkan solidariti kepada keluarga mangsa sambil mengingatkan bahawa diplomasi yang berprinsip akan sentiasa menjadi benteng Malaysia di pentas dunia.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar