PBB: Pertubuhan Bohong-Bohong, veto jadi lesen membunuh

KONONNYA Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan untuk menjaga keamanan dunia.

Tapi hakikatnya, PBB hanyalah pentas wayang kulit antarabangsa iaitu boneka yang dikawal lima kuasa besar: Amerika, Britain, Perancis, Rusia, dan China.

Mereka pegang kuasa veto, tongkat sakti yang boleh patahkan suara 190 negara lain.

Apa yang peliknya, tiada satu pun negara Islam diberi tempat.

Penulis pun merasa pelik dimanakah suara negara-negara Islam pada masa itu.

Tanpa suara Islam dalam kuasa veto PBB itu penulis sudah yakin suatu hari nanti pasti negara Islam akan menjadi mangsa kekejaman golongan Yahudi dan Nasrani.

Kini ternyatalah sebab utama mengapa Palestin terus jadi mangsa sembelihan pada hari ini.

Setiap kali ada usul hentikan kekejaman Israel, Amerika hulur veto. Resolusi mati sebelum sempat dibaca. PBB pun pura-pura sedih, keluarkan kenyataan ‘amat prihatin’ dan lepas tu balik tidur.

Kuasa veto sebenarnya bukan untuk keamanan, tapi untuk halalkan penindasan. Ia lesen besar bagi Amerika mempertahankan Israel, lesen untuk Rusia mengebom Syria, lesen untuk China menindas Uighur.

Ringkasnya, veto ini lesen membunuh atas nama dunia.

PBB pula jadi pelakon tambahan. Namanya gah, tapi adakah peranannya hanya seperti ‘Pertubuhan Bohong-Bohong’.

Negara Islam sekadar penonton yang kena duduk diam, kerana suara mereka akan mati dibunuh veto.

Kalau benar PBB mahu berdiri atas prinsip keadilan, hapuskan kuasa veto.

Biarkan semua negara ada suara sama rata. Dunia tak perlu lagi lima ekor naga jadi ‘polis dunia syok sendiri’ sambil menindas manusia lain.

Selagi veto wujud, selagi itu PBB hanyalah pentas sandiwara, Amerika kekal jadi ‘abang long jaga Israel’, dan umat Islam terus dihumban ke gaung penderitaan tanpa pembelaan.

Penulis sungguh teruja dengan kenyataan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hassan di Perhimpunan Agong PBB ( UNGA) ke-80 semalam.

Malaysia walaupun sebuah negara Islam yang kerdil dalam peta dunia tetapi ketegasan dan keberaniannya melaungkan kenyataan membatal atau menghadkan kuasa veto harus diberi pujian.

Mungkin suaranya kurang mendapat perhatian tetapi sekurang-kurangnya membuka atau menjadi perintis kepada negara Islam lain untuk turut bangun bagi menyuarakannya.

Siapa tahu, mungkin suatu hari nanti jika kuasa veto tidak dihad atau dihapuskan, akan ada sebuah negara Islam dalam kuasa veto itu.

Related Posts

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

UCAPAN dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam cukup menarik perhatian. Antara perkara yang paling mencuri tumpuan ialah desakan supaya Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

Oleh: Nehru Sathiamoorthy ULASAN | Tahukah anda apa yang dikatakan Khairy Jamaluddin mengenai ucapan dasar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan agung parti hari ini? Khairy menyifatkannya sebagai ucapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan