PDRM sangkal tuduhan Malaysia jadi pusat operasi, pangkalan Hamas

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal tuduhan Malaysia dijadikan pusat operasi anggota Hamas seperti didakwa bekas penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Jonathan Schanzer.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pelbagai bantuan disalurkan secara berterusan di Gaza berikutan Malaysia berteraskan Islam dan perjuangan rakyat Palestin sangat dekat di hati masyarakat pada negara ini.

“Berdasarkan kedudukan kita sebagai negara Islam, perjuangan di Palestin sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia. Kita atas dasar agama sentiasa memberikan bantuan berterusan kepada Palestin.

“Ada rakyat asing, khususnya dari Palestin dan Syria, yang menuntut di institusi pengajian tinggi negara kita. Mungkin keprihatinan rakyat Malaysia ini disalahertikan pihak tertentu hingga mengaitkannya dengan Hamas,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, pada Rabu.

Sebelum ini, Jonathan mencipta kontroversi apabila mendakwa Malaysia sudah lama menjadi pusat operasi anggota Hamas.

Dalam satu hantaran di platform X, Jonathan turut menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berminat dengan perdamaian.

Kritikan itu muncul selepas Anwar menegaskan pendirian Malaysia untuk terus menyokong Palestin dan menggesa supaya hubungan dengan Israel diputuskan kerana Gaza terus dihancurkan manakala Tebing Barat dirampas.

Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata, Malaysia tetap mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan negara lain, termasuk kerjasama dalam pertukaran maklumat keselamatan.

“Kita mempunyai hubungan baik dengan Amerika dan negara berkaitan selain sentiasa mengadakan kerjasama dan bertukar maklumat dengan perkhidmatan sahabat bagi membolehkan tindakan awal diambil,” katanya.

Mengulas kawalan keselamatan negara, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

“Alhamdulillah, kerjasama dengan agensi kerajaan amat baik, khususnya dengan Imigresen, Kastam dan AKPS. Kita berkongsi maklumat dan tindakan bersama dalam menangani isu berkaitan sempadan, selain negara jiran juga memberikan kerjasama baik.

“Sebagai contoh, tangkapan di Sadao membabitkan penyeludupan senjata api berjaya dibanteras dengan sempurna dan tindakan undang-undang sudah diambil pihak Thailand. Kita berkongsi maklumat dengan Thailand bagi mengenal pasti jaringan mereka yang terbabit.

“Beberapa individu ditahan di Thailand masih dalam siasatan pihak berkuasa negara itu dan tindakan undang-undang akan diambil di sana, dengan PDRM sentiasa bekerjasama dalam aspek berkaitan,” katanya.

Terdahulu, The Malaysia Press (TMP) melaporkan dakwaan kononnya Malaysia telah lama menjadi pusat operasi anggota Hamas disifatkan sebagai percaturan dalam melemahkan kredibiliti dan mengurangkan pengaruh negara dalam memperjuangkan isu Palestin.

Pemerhati hubungan antarabangsa dan geopolitik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, tuduhan itu bukan semata-mata menyentuh isu keselamatan, namun bermotifkan politik antarabangsa serta tekanan domestik yang hadir dari Washington.

Beliau berpandangan, isu tersebut ditimbulkan susulan Malaysia kekal konsisten menyokong perjuangan Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan pelbagai forum di pentas antarabangsa.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula