Lagi cubaan intimidasi, gangguan halang misi Global Sumud Flotilla ke Gaza

PUTRAJAYA – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sekali lagi berdepan cubaan intimidasi dan gangguan ketika pelayaran membawa bantuan ketika mereka semakin menghampiri perairan Gaza.

Laporan Situasi (SITREP) dikeluarkan Sumud Nusantara Command Center, MAPIM Central memaklumkan, gangguan itu berlaku ketika flotila berada di zon kelabu di perairan Greece, kira-kira 750 batu nautika dari Gaza.

Katanya, letupan turut kedengaran pada jam 1 pagi waktu tempatan di samping sekatan komunikasi yang juga dilapor berlaku.

“Berlaku juga lapan letupan udara berhampiran kapal kami serta kapal lain di sekeliling. Namun 34 delegasi Malaysia kekal selamat dan bersiap-siaga penuh,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Sementara itu, laporan itu turut mendedahkan bahawa sebanyak 15 dron rejim berlegar rendah setiap 10 minit dipercayai bertujuan melakukan intimidasi dan risikan.

“Pihak sekretariat percaya gangguan keempat dron-dron berkenaan digunakan bagi mengumpul maklumat risikan dan menakutkan pasukan flotila,” katanya.

Sebelum ini, dua dron dipercayai milik pihak pemerhati atau dari Israel dilihat berlegar berhampiran bot, Fair Lady, yang turut membawa aktivis dan personaliti media sosial Nurharahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee.

GSF memasuki hari keenam apabila 38 bot yang terbabit kini menghampiri Perairan Greece, sebelum bergerak ke Zon Kuning kira-kira 300 batu nautika dari Pantai Gaza.

Pelayaran GSF membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, dijadual tiba di perairan Gaza hujung bulan ini.

Misi itu membabitkan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Pelayaran keamanan GSF diharap mampu menarik perhatian kerajaan seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada Israel sehingga genosid terhadap Gaza dihentikan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit