Petrol RON95 turun harga cetus rasa ‘cemburu’ rakyat negara jiran

SEMALAM secara rasmi rakyat Malaysia tahu bila harga baharu RON95 diumumkan kerajaan sebelum ini dikuatkuasakan.

Pengumuman itu dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Dengan pengumuman itu juga, rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu yang sah, boleh membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 mulai 30 September.

Paling untung adalah pegawai dan anggota keselamatan negara yang menikmati harga runcit baharu RON95 lebih awal, iaitu pada 27 September, diikuti penerima Skim Tunai Rahmah (STR), sehari kemudian.

Menerusi mekanisme ini, setiap warganegara yang layak boleh membeli sehingga 300 liter petrol RON95 setiap bulan.

Cara untuk mendapatkan penjimatan itu juga sudah disebarkan secara meluas oleh kerajaan dan proses ujian juga sudah dimulakan di stesen minyak terpilih.

Di sebalik pengumuman dibuat Perdana Menteri itu, reaksi rakyat dari negara jiran juga menarik untuk diteliti.

Menerusi media sosial, ramai warga Indonesia meluahkan rasa kagum dan tidak kurang juga cemburu terhadap langkah Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter itu.

Laporan portal berita republik itu – Kumparan – harga baharu itu bersamaan kira-kira Rp7,880 seliter berdasarkan kadar tukaran Rp3,960 setiap RM1.

Warga asing pula dikenakan harga lebih tinggi iaitu RM2.60 seliter atau sekitar Rp10,296.

Langkah ini dianggap sebahagian daripada strategi kerajaan Malaysia mengurangkan defisit fiskal melalui pelaksanaan subsidi bersasar tanpa membebankan rakyat.

Seorang pengguna platform X, Parewa@jakesvarna menulis, walaupun harga diturunkan, kerajaan Malaysia tetap memperoleh keuntungan.

Dia kemudian membandingkan dengan Indonesia yang menurutnya sejak zaman Soeharto, harga minyak masih membebankan rakyat.

Bagi AF@Eddoy, harga minyak di Malaysia lebih adil kerana seragam di semua stesen, sama ada Petronas, Shell mahupun BP.

“Keadaan itu membuktikan syarikat asing juga boleh menjual pada harga rendah jika dibenarkan,” katanya.

Noshinku@lomohero bagaimanapun mengingatkan, walaupun harga petrol di Malaysia lebih murah, rakyat tetap dihadkan pembelian sebanyak 300 liter sebulan demi memastikan sistem lebih adil dan terkawal.

Banyak lagi komen daripada rakyat negara jiran susulan keputusan kerajaan menurunkan harga RON95.

Cuma yang pasti, tindakan diambil kerajaan MADANI ini dilihat sebagai berani dan memperkukuhkan lagi daya tahan rakyat dalam merentasi kesulitan akibat situasi tidak menentu membabitkan keadaan ekonomi global.

Walaupun masih ada suara mempersoalkan jumlah 300 liter diperuntukkan itu, namun penganalisis ekonomi menegaskan jumlah liter diberikan kepada rakyat Malaysia melalui mekanisme terbabit, adalah memadai.

Bahkan, ia bukan merujuk kepada satu keluarga mendapat 300 liter, tapi setiap warganegara yang memiliki kad pengenalan dan lesen memandu layak menerimanya.

Dan jika satu keluarga mempunyai tiga ahli yang layak mendapat harga RM1.99 seliter, jumlah terkumpul sudah mencecah 900 liter sebulan.

Sejauh mana agaknya perjalanan boleh dibuat menggunakan kenderaan dengan mengisi 900 liter petrol RON95?

Related Posts

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

ISU sumbangan lembu korban sekali lagi dijadikan modal politik oleh segelintir pihak untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumbangan korban di Tambun dan Permatang Pauh dipersoalkan, malah cuba…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SOP pastikan ibadah korban lebih selamat dan terkawal perlu dilaksana secara pragmatik

AIDILADHA sentiasa membawa suasana penuh makna kepada umat Islam apabila masjid, surau dan kawasan kejiranan kembali hidup dengan pelaksanaan ibadah korban selain memperlihatkan semangat kebersamaan serta gotong-royong masyarakat dalam menghidupkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji