RM11.45 juta kompaun merokok di premis makanan tahun lalu

SEBANYAK RM11.45 juta kompaun melibatkan 101,521 kesalahan merokok di premis makanan seluruh negara direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang tahun lalu.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebanyak 19,175 operasi dijalankan oleh Sektor Inspektorat dan Perundangan KKM (SIPKKM), bersamaan lebih 50 operasi sehari di pelbagai lokasi premis makanan.

“Insiden merokok di Shah Alam yang dimuat naik dalam ciapan @SyedAkramin amat membimbangkan dan merupakan satu kesalahan jelas di bawah Akta 852, Seksyen 16(2) yang menggantikan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau di bawah Akta Makanan (Akta 281).

“Justeru, sepanjang 12 bulan yang lalu KKM telah melaksanakan langkah penguatkuasaan yang baik bagi memastikan undang-undang dapat dikuatkuasakan dengan sebaiknya,” katanya di laman X.

Dzulkefly turut menegaskan, pemilik dan pekerja premis makanan bertanggungjawab untuk menegur pelanggan yang merokok di kawasan larangan termasuk dalam premis mereka.

Pada masa sama, beliau menekankan pihak berkuasa tempatan dan komuniti juga mempunyai peranan penting dalam memastikan pematuhan akta berkaitan, termasuk peraturan larangan merokok.

Sebelum ini, tular video memaparkan seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur kerana merokok di sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam pada 11 September lalu.

Bagaimanapun, suspek berusia 49 tahun itu telah ditahan pada Rabu lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil iaitu berkelakuan aib.

Related Posts

Hari Wartawan Nasional: Fadillah hargai peranan media pupuk perpaduan

KUCHING – Peranan pengamal media di negara ini terus diiktiraf sebagai komponen penting, khususnya dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET kini jadi pilihan utama, bukan lagi pilihan kedua

KUALA LUMPUR – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi dianggap pilihan kedua, sebaliknya semakin menjadi pilihan utama dalam kalangan generasi muda susulan peningkatan enrolmen serta kadar kebolehpasaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang