Pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya bukti keteguhan Kerajaan MADANI

KERAJAAN MADANI membuktikan kekukuhan apabila berjaya memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, meskipun terdiri daripada pelbagai parti gabungan, sekali gus membuka ruang besar untuk melaksanakan pindaan Perlembagaan yang sebelum ini sukar direalisasikan.

Pengamal undang-undang, Muhammad Zaim Azfar Jalaludin berkata, majoriti tersebut memberi kuasa besar kepada kerajaan untuk membawa reformasi undang-undang, termasuk cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Kuasa besar kerajaan yang pegang dua pertiga kerusi ni memang penting sebab mereka boleh ubah Perlembagaan negara.

“Kalau setakat ‘simple majority’ memang tak boleh buat. Sebab itu inisiatif macam ni hanya boleh diusulkan dalam keadaan kerajaan ada dua pertiga,” katanya ketika ditemui oleh The Malaysia Press.

Beliau menjelaskan, kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak berpeluang melaksanakan langkah sedemikian kerana hanya memiliki majoriti mudah.

“Kerajaan terdahulu mungkin ada juga idea nak usulkan, tapi tak boleh sebab tak ada sokongan dua pertiga.

“Apa saja usul daripada kerajaan, pembangkang akan tentang. Jadi sekarang Kerajaan MADANI ada kelebihan yang tak ada pada kerajaan lain,” katanya lagi.

Katanya, kali terakhir sebuah kerajaan memiliki majoriti dua pertiga adalah pada era Tun Dr Mahathir Mohamad 1.0, sebelum landskap politik berubah dengan kewujudan kerajaan-kerajaan campuran selepas itu.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis