Bencana Sabah: PKR Sabah luah rasa dukacita, seru semua ketepikan perbezaan politik

KOTA KINABALU — Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah merakamkan rasa dukacita atas insiden banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa daerah di negeri itu, sambil menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati serta mengenepikan perbezaan politik demi kebajikan mangsa.

PKR Sabah turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mendoakan ketabahan mereka yang terjejas akibat bencana.

“Kemanusiaan dan empati adalah agenda utama agar Sabah dan seluruh rakyatnya segera pulih kembali,” kata dalam satu hantaran yang dimuat naik melalui Facebook, di sini, pada Rabu.

PKR Sabah turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA); Jabatan Pertahanan Awam; Polis Diraja Malaysia; pasukan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Kebajikan Masyarakat; petugas Jabatan Kesihatan serta sukarelawan komuniti yang giat melaksanakan operasi menyelamat dan bantuan kecemasan di kawasan terjejas.

Sementara itu, PKR menyambut baik langkah segera Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan peruntukan tambahan RM10 juta melalui NADMA bagi membantu mangsa banjir di Sabah.

Menurut kenyataan itu, dana tersebut adalah tambahan kepada kira-kira RM11 juta yang telah disalurkan melalui Kerajaan Negeri bagi tujuan pembaikan segera kemudahan asas dan bantuan mangsa banjir.

“PKR Sabah menyeru agar agihan bantuan ini dapat dilakukan secara telus, pantas dan berpandukan keperluan di lapangan.

“Sejak banjir mula melanda, semua cabang PKR di Sabah telah diarahkan untuk segera menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing,” kata kenyataan yang sama.

Parti itu turut menasihatkan cabang agar bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan bantuan diagihkan kepada mereka yang paling memerlukan.

Bencana banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah sejak awal September telah menyebabkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan, selain turut mengakibatkan kemusnahan harta benda dan gangguan terhadap infrastruktur asas.

Related Posts

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

LONG LAMA – Penganjuran Program Ngiling Bidai 2026 dan penyerahan bantuan bakul makanan menjadi platform terbaik memperkukuh kerjasama kerajaan, sektor korporat serta komuniti bagi merancakkan pembangunan sosioekonomi. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti