Permohonan subsidi petrol RON95, dibuka 15 September melalui sistem SKPS

PAPAR – Syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang layak, boleh mula membuat permohonan untuk mendapatkan subsidi petrol RON95 melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bermula Isnin ini, 15 September, pukul 10 pagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my dan dijangka diluluskan dalam tempoh singkat, kurang daripada sejam jika dokumen lengkap.

“Proses permulaan bermula dengan SKPS. Sekiranya permohonan diluluskan, syarikat boleh terus memohon fleet card daripada syarikat minyak pilihan. 

“Walaupun cuti umum pada 15 dan 16 September, permohonan tetap dibuka,” katanya ketika ditemui media pada Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah MADANI dan Advokasi Kepenggunaan di Parkir SMK Takis, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, sebanyak sembilan jenis kenderaan pengangkutan awam darat dan 12 jenis kenderaan pengangkutan barangan disenaraikan layak menerima subsidi melalui SKPS. 

Bagi sembilan jenis kenderaan pengangkutan awam yang layak seperti teksi; kereta sewa; bas sekolah; van mayat; ambulans; bomba; bas pengantara; bas berhenti-henti dan bas mini.

Manakala, bagi 12 jenis pengangkutan barangan terdiri daripada panel van; window van; semi panel van; lori food catering; lori rigid-kargo am; lori rigid-luton/kotak; lori rigid-refrigerated; lori rigid-perkhidmatan bergerak; van rigid-perkhidmatan bergerak; lori rigid-kandang haiwan dan hasil pertanian.

Armizan menjelaskan, syarikat pemohon perlu berdaftar di Malaysia, memiliki cukai jalan yang sah dan kenderaan yang disenaraikan dalam kategori layak dibawah SKPS. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, setelah mendapat kelulusan SKPS, syarikat boleh memohon sehingga maksimum tiga syarikat minyak untuk permohonan fleet card bagi setiap kenderaan seperti Shell, Petronas, Petronas, Caltex, BHP dan FIVE.

Tambahnya, SKPS dibangunkan berasaskan keberkesanan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang melibatkan lebih 300,000 kenderaan di Semenanjung Malaysia, sebelum ini.

“Bagi SKPS pula, jumlah yang dijangka layak adalah sekitar 100,000 kenderaan sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa pemohon agar tidak bertangguh sebaik sahaja pihaknya membuka permohonan tersebut.

“Jangan bertangguh. Kita mahu sebaik saja penyasaran subsidi petrol RON95 diumumkan kelak, syarikat pengangkutan sudah boleh memanfaatkannya,” tegas beliau.

KPDN turut menyediakan Pusat Panggilan Sistem MySubsidi KPDN di talian 03-88825893/ 5894/ 6667 beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang bagi membantu syarikat sekiranya mempunyai pertanyaan atau masalah teknikal semasa membuat permohonan.

Related Posts

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan identiti rasmi pejabat berkenaan. PMO dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

PETALING JAYA – Subsidi input pertanian terutama baja dan racun terus kepada pesawah melalui MyKad seperti meka­nisme Sumbangan Asas Rahmah (SARA) lebih berkesan dalam aspek tadbir urus agihan bantuan. Pensyarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah