Lawatan ke luar negara demi tugas diplomasi dan kemanusiaan – PM Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lawatan beliau ke luar negara adalah atas urusan rasmi bagi memperkukuh hubungan diplomasi serta membincangkan isu kemanusiaan antarabangsa, bukannya untuk bercuti seperti yang didakwa pihak tertentu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi PKR Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Hotel Grand Paragon, di sini, pada Sabtu.

“Orang kritik kata saya banyak ‘berjalan’, ingat saya pergi senang-senang ke, ingat saya pergi bercuti ‘happy’ ke, saya pergi disebabkan kerja.

“Sebagai Perdana Menteri, saya banyak ‘berjalan’ kerana dijemput disebabkan kita ada suara, kita negara yang bebas dan merdeka, apa guna merdeka jika tidak berani bercakap,” katanya.

Menurut beliau, antara urusan rasmi yang bakal dihadiri ialah kunjungan ke Doha atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani bagi membincangkan serangan berterusan rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin.

Pada masa sama, Anwar berharap rakyat memahami pendirian kerajaan Persekutuan yang konsisten dalam menyampaikan sumbangan kepada negara antarabangsa yang berdepan bencana serta krisis kemanusiaan.

“Saya tidak faham apabila orang cakap Anwar asyik bantu Gaza. Kita ini manusia, ada masa kemungkinan kita pula yang perlukan bantuan antarabangsa. Pakistan dilanda banjir, Myanmar gempa bumi, walaupun kita tidak setuju politik di sana, tetapi kita bantu kerana ada orang mati, ada orang sakit.

“Rakyat susah juga kita kena ambil tahu. Sekarang kerajaan banyak beri bantuan kepada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Angka sebenarnya jauh lebih tinggi peruntukan kita bagi berbanding semasa dia (pembangkang) perintah,” jelasnya.

Selain itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan rakyat berbilang kaum di negara ini untuk menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Kita semua kena pandai Bahasa Melayu sebab kita duduk di Malaysia. Tetapi ada anak-anak kita kurang pandai Bahasa Melayu, jangan begitu. Pada masa sama, Bahasa Inggeris juga penting, begitu juga bahasa lain seperti Mandarin, Tamil dan Arab.

“Contohnya, sekiranya orang Cina mahir Bahasa Melayu dan Inggeris, kan bagus jika pandai pelbagai bahasa. Itu juga yang diperjuangkan PKR. Kita adalah satu-satunya parti politik yang mana semua kaum di Malaysia dirai sebagai sebuah keluarga,” katanya.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar