Tubuh jawatankuasa diraja pisahkan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat Kerajaan MADANI menubuhkan jawatankuasa diraja bagi memastikan tiada konflik kepentingan yang wujud dalam melaksanakan pengasingan sepenuhnya peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, wujud kebimbangan campur tangan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) susulan melibatkan fungsi di bawah agensi tersebut.

Beliau berpandangan, kajian terhadap dasar tersebut harus digubal dengan terperinci dan direformasi secara holistik oleh jawatankuasa itu yang dipilih serta dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

“Saya percaya dengan penuh hormat kepada kerajaan dan AGC ia perlu melalui satu jawatankuasa diraja, bukan didraf melalui cadangan yang dimajukan kepada AGC. Bukankah AGC ada konflik kepentingan dalam perkara itu.

“Ini kerana apa yang ingin dilakukan adalah pengasingan kuasa antara AG selaku penasihat kerajaan dan Agong dan tanggungjawab Pendakwa Raya. Bukankah itu fungsi pejabat AGC sekarang,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mohamed Haniff menegaskan, langkah menubuhkan jawatankuasa diraja mampu menjadi mekanisme terbaik, sebagaimana pendekatan yang pernah diambil ketika penggubalan Akta Anti Lompat Parti.

Beliau berpendapat, melalui penubuhan jawatankuasa diraja khusus, masalah pada masa hadapan dapat dielakkan.

“Untuk pastikan tidak ada perkara tidak seimbang atau membawa persoalan berkepentingan masa depan kelak kerajaan wajar rujuk perkara ini kepada Majlis Raja-raja kerana ia melibatkan perubahan kandungan satu institusi bawah perlembagaan.

“Kerajaan boleh berubah-ubah tapi institusi AG dan Pendakwa Raya kekal. Kita tak mahu ada pindaan yang tidak menepati hasrat berkenaan dalam cara terbaik,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Datuk Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, pemisahan kuasa itu memberi jaminan kepada rakyat bahawa kes berprofil tinggi akan diputuskan berdasarkan bukti dan undang-undang, bukan melalui pertimbangan luar.

Katanya, memastikan proses pendakwaan dilaksanakan secara bebas daripada pengaruh Badan Eksekutif selain, berperanan menyelaraskan kerangka perundangan negara dengan amalan terbaik antarabangsa.

“Selain itu, keputusan untuk memisahkan sepenuhnya peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya juga akan memperkukuh kedaulatan undang-undang

“Dengan pelaksanaan berfasa yang telah diumumkan kerajaan dan rundingan inklusif bersama Badan Peguam, badan kehakiman, agensi penguatkuasaan, masyarakat sivil dan akademia, keyakinan orang ramai terhadap integriti dan keadilan institusi perundangan dapat terus dipelihara dan diperkasakan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan pada Rabu bersetuju secara dasar untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya selepas pertimbangan menyeluruh dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu diambil setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, membentangkan beberapa model berkaitan pengasingan kuasa berkenaan.

Setelah pertimbangan dibuat, Jemaah Menteri memutuskan untuk melaksanakan cadangan pengasingan penuh di mana kedua-dua jawatan ini diwujudkan secara berasingan dan setara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit