Proses kosong kediaman Kg Sungai Baru ikut prosedur mahkamah

PUTRAJAYA – Operasi pengosongan rumah di Kampung Sungai Baru dibuat mengikut undang-undang dan arahan mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Dr Zaliha berkata, keputusan itu bukan dibuat sendiri oleh kerajaan, sebaliknya ia hasil proses perundangan yang diputuskan mahkamah dan wajib dipatuhi.

“Keputusan ini bukan dibuat sendiri tetapi melalui mahkamah. Bila mahkamah sudah keluarkan perintah, ia perlu dilaksanakan dan penjawat awam tidak boleh dihalang daripada melaksanakan tugasan mereka.

“Mereka yang tidak bersetuju pula telah menerima pampasan. Kalau masih tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan, saluran undang-undang iaitu mahkamah tetap terbuka,” katanya seperti dilapor Bernama.

Dr Zaliha berkata, majoriti penduduk di kawasan berkenaan bersetuju dengan projek pembangunan semula dan menunggu lebih lapan tahun untuk melihat pelaksanaannya.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menekankan keperluan isu itu diselesaikan secara tuntas dengan mengambil kira semua pihak, sambil beliau sendiri menyeru rakyat agar bertenang dan tidak menimbulkan ketidakharmonian.

“Saya amat kesal dengan insiden yang berlaku pagi ini, walaupun kerajaan bekerjasama rapat dengan pihak keselamatan khususnya pihak polis masih ada provokasi yang tidak dijangka.

“Saya berharap semua pihak mengambil serius isu keamanan negara dan tidak melakukan tindakan yang boleh mencetuskan provokasi serta menggugat keharmonian,” katanya.

Related Posts

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

PUTRAJAYA – Pemisahan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) diharapkan bukan sekadar `cakap-cakap’ atau berlandaskan kompromi politik, namun perlu dilaksanakan telus, berakauntabiliti dan dilindungi. Presiden Badan Peguam Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM