Polis tahan pemilik akaun TikTok sebar kenyataan hasutan terhadap TYT, KM Sabah

KOTA KINABALU – Seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun ditahan polis selepas disyaki mengendalikan akaun TikTok @bentan_alamin_35 yang memuat naik kenyataan berunsur hasutan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Ketua Menteri Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, penahanan dilakukan pada Selasa kira-kira pukul 2.45 petang di daerah Papar susulan laporan polis yang diterima dua hari lebih awal berhubung hantaran di akaun tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek adalah pemilik akaun berkenaan. 

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Vivo miliknya yang digunakan bagi memuat naik kandungan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa. 

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Jauteh berkata, semakan lanjut mendapati suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau menegaskan PDRM memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan media sosial secara berhemah serta bertanggungjawab, selain berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi kandungan agar tidak menjejaskan ketenteraman awam atau menimbulkan keresahan masyarakat,” katanya.

Related Posts

Isu eFishery: Salahkan kerajaan sahaja tidak tepati realiti pelaburan global

PUTRAJAYA – Naratif yang terus menyalahkan Kerajaan MADANI dalam isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) terhadap syarikat pemula akuakultur di Indonesia dikenali sebagai eFishery adalah terlalu simplistik dan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bakal guru perlu semai perpaduan demi kebaikan generasi akan datang – Fadhlina

NILAI – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengingatkan bakal guru supaya menjadi ejen perpaduan dan menolak sebarang fahaman yang menyemai kebencian kaum serta agama demi memastikan keharmonian negara terus terpelihara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea

Pergaduhan pelajar: Pembentukan sahsiah, disiplin tanggungjawab bersama – Andi Suryady

Pergaduhan pelajar: Pembentukan sahsiah, disiplin tanggungjawab bersama – Andi Suryady

MAIPk peruntuk lebih RM3.1 juta, 340 asnaf sertai program TVET

MAIPk peruntuk lebih RM3.1 juta, 340 asnaf sertai program TVET

Isu eFishery: Salahkan kerajaan sahaja tidak tepati realiti pelaburan global

Isu eFishery: Salahkan kerajaan sahaja tidak tepati realiti pelaburan global

Bakal guru perlu semai perpaduan demi kebaikan generasi akan datang – Fadhlina

Bakal guru perlu semai perpaduan demi kebaikan generasi akan datang – Fadhlina

Tuanku Muhriz, Aminuddin tunai solat Jumaat bersama rakyat, cerminan hubungan erat istana-kerajaan negeri

Tuanku Muhriz, Aminuddin tunai solat Jumaat bersama rakyat, cerminan hubungan erat istana-kerajaan negeri