Langkah penilaian terperinci bagi kawasan PSB diperkenalkan

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menggariskan beberapa langkah dan proses penilaian bagi memastikan kawasan yang dikenal pasti untuk pelaksanaan pembaharuan semula bandar (PSB) ditentukan secara menyeluruh.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, antara pendekatan yang diambil ialah pihak berkuasa negeri (PBN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan utama dalam penyediaan dokumen perancangan seperti Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan dengan mengenal pasti serta memasukkan kawasan berpotensi PSB ke dalam rancangan pemajuan.

Beliau berkata, proses ini dilaksanakan mengikut peruntukan Bahagian III, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) serta Bahagian III, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267).

Menurut beliau, semasa tempoh publisiti rancangan pemajuan, pemilik hartanah berkaitan bertanggungjawab untuk menyatakan pandangan atau bantahan sekiranya mereka tidak bersetuju dengan cadangan kawasan PSB.

“PBT akan mengadakan sesi pendengaran bantahan bagi meneliti dan mempertimbangkan segala maklum balas yang diterima daripada pemilik hartanah.

“Bagi memastikan suara rakyat terus didengari, sesi libat urus juga akan dilaksanakan melibatkan pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, badan profesional, wakil komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak lain yang relevan,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Negara.

Kor Ming turut memaklumkan bahawa bagi bangunan yang dikenal pasti sebagai tidak selamat, satu laporan pemeriksaan visual terperinci perlu disediakan oleh jurutera profesional berdaftar, selaras dengan Seksyen 85A Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Rosni Sohar yang meminta penjelasan berkenaan bentuk kriteria teknikal dan perundangan yang akan digunakan oleh badan bebas melalui cadangan Rang Undang-Undang (RUU) PSB 2025 dalam menentukan sama ada sesuatu bangunan wajar dibaik pulih atau dirobohkan, termasuk aspek struktur fizikal, kesesuaian guna tanah, impak sosial dan nilai sejarah bangunan.

Dalam pada itu, Kor Ming menjelaskan bahawa penilaian kawasan PSB akan dilaksanakan melalui dua peringkat utama bagi menjamin pelaksanaan yang menyeluruh dan bersepadu.

Katanya, peringkat pertama melibatkan penilaian awal terhadap struktur fizikal bangunan, kesesuaian guna tanah, kesan sosial serta nilai sejarah sesuatu kawasan.

Selain itu, penilaian ini akan dilakukan semasa proses pengenalpastian kawasan berpotensi PSB yang akan dicadangkan untuk dimasukkan dalam rancangan pemajuan (rancangan struktur dan rancangan tempatan).

“Selain itu, penilaian kedua akan dilaksanakan semasa sesi rundingan bersama pemilik dan orang berkepentingan dengan merujuk laporan teknikal menyeluruh seperti Cadangan PSB, permintaan untuk cadangan (RFP), ‘Business Plan’, ‘Viability Study’, ‘Feasibility Study’ yang menyeluruh bagi mengkaji kebolehlaksanaan projek,” katanya.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik