Inkues Zara Qairina: 21 beg barang kes diklasifikasi sebagai ekshibit

KOTA KINABALU – Sebanyak 21 beg barang kes Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengandungi kertas bertulisan tangan, buku latihan dan buku nota diklasifikasi sebagai ekshibit dalam prosiding inkues kematian arwah Zara Qairina Mahathir di sini pada Isnin. 

Pemeriksa Dokumen, Jabatan Kimia Malaysia dari Petaling Jaya, Nurul Atiqah Mohd Noh, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kesemua barang kes Y1 hingga Y7 serta Y9 hingga Y15 termasuk bertanda W1 hingga W6 bermeterai PDRM 314 dan diterima bersama satu Borang Polis 31 pada pukul 8.37 pagi, 20 Ogos lalu.

Dalam keterangannya, saksi kedua prosiding Nurul Atiqah membuat pengecaman semula barang kes terbabit, termasuk helaian kertas bertulisan tangan yang ditanda ‘Y’ dan dokumen milik Zara Qairina seperti buku latihan, buku kerja serta buku nota yang ditanda ‘W’.

Prosiding bermula pukul 9.20 pagi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan dengan Timbalan Pendakwa Raya sebagai pegawai pengendali, Dana Arabi Wazani menyoal balas saksi berusia 44 tahun itu yang berkhidmat lebih 21 tahun di Jabatan Kimia Malaysia.

Menurut Nurul Atiqah, beliau memeriksa dan membuat perbandingan tulisan tangan yang dipertikaikan dengan contoh tulisan tangan Zara Qairina menggunakan kanta pembesar serta peralatan saintifik Video Spectral Comparator bagi mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri-ciri tulisan.

Katanya, tugasan beliau meliputi penyediaan laporan kimia serta pemeriksaan dokumen dipertikaikan membabitkan tandatangan, tulisan tangan, tulisan taip, pindaan, proses percetakan, kertas dan dakwat.

“Saya juga pernah memberi keterangan di mahkamah apabila diperlukan dan sepanjang pengetahuan saya, keterangan saya diterima oleh mahkamah,” katanya yang bertugas di Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia. 

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam