PRN17 Sabah: MCA bakal tanding, tampilkan calon berjasa

KOTA KINABALU – Parti MCA bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah (PRN17 Sabah) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, MCA bakal menampilkan calon-calon yang telah berjasa dan bergiat aktif di peringkat akar umbi.

“MCA akan bertanding, bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) dan kita sebuah keluarga yang muhibah ini.

“Kita nak pastikan supaya kita saling bantu membantu dan apa yang penting ialah kita nak kemenangan nantilah,” katanya dalam sidang media semasa Konvensyen MCA di Hotel Oriental, Karamunsing di sini pada Sabtu.

Jelasnya, MCA juga telah membuat tapisan dan temu bual untuk pemilihan calon yang bakal bertanding.

“Sudah, sudah dibuat tapisan sudah dibuat temu bual dan kita pastikan orang yang kita tampilkan itu adalah orang yang telah berjaya dan sedang giat di peringkat akar umbi,” jelasnya.

Walau bagaimana pun, beliau menjelaskan bahawa pembahagian kerusi adalah masih belum dimuktamadkan.

“Mengenai kerusi, belum dimuktamadkan masih lagi dalam perbincangan di pihak atasan di Sabah dan juga pihak atasan.

“Tapi akhirnya akan ada satu keputusan muktamad.

“Apabila ada keputusan muktamad kita akan akur dan kita akan sama-samalah melihat macam mana dapat mengatur strategi yang lebih spesifik di kawasan-kawasan yang kita tandingi,” ujarnya.

Tambah beliau, sudah tentu calon yang bakal diketengahkan adalah lebih daripada seorang.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tempoh idah PRU16 belum sampai

KULIM – Kerajaan Perpaduan ketika ini belum lagi memasuki tempoh ‘idah’ untuk membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India