KBS sedia ‘lepaskan’ NFDP, AMD

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedia menyerahkan pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Namun perkara itu hanya akan dimuktamadkan selepas badan induk terbabit menyelesaikan isu kepimpinannya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, langkah penyerahan dua program pembangunan sukan itu sejajar dengan penilaian dibuat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

“Saya memang hendak melepaskan kerana kita ada penilaian dibuat AFC. Perbincangan telah bermula tetapi saya mahu FAM selesaikan dulu (isu) presiden mereka.

“Apabila semua sudah okey (selesai), baru kita cakap tentang ‘handover’ (penyerahan)… yang ini lebih penting.

“Kerana bukan saya tidak mahu serah, sebaliknya cuma mahu pastikan semuanya bersedia,” katanya seperti dilapor Bernama.

Sebelum ini, FAM memaklumkan pihaknya bersedia mengambil alih NFDP dan AMD jika mendapat mandat daripada KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN).

FAM pada Ogos lalu mengesahkan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub melepaskan jawatan presiden, hanya enam bulan selepas menjawat jawatan itu.

Sehubungan itu, FAM mengumumkan Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi sebagai Pemangku Presiden berkuat kuasa serta-merta.

Related Posts

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

MOHAMAD Aniq Kasdan menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas muncul juara kategori 60 kilogram (kg), lewat petang tadi. Atlet berusia 24 tahun itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

SKUAD Harimau Malaya membuka kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan selepas menumbangkan Myanmar 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thuwunna, malam tadi. Kebangkitan pada babak kedua jelas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu