PM harap situasi politik Indonesia, Thailand segera pulih

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kestabilan politik di Indonesia dan Thailand, dengan menegaskan perkembangan kedua-dua negara itu penting bagi perpaduan ASEAN serta hubungan dua hala dengan Malaysia.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN berkata, ketika pertemuan di Beijing beberapa hari lalu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan keadaan di Jakarta menunjukkan tanda semakin reda.

“Kita mendoakan yang terbaik untuk Indonesia, bukan sahaja sebagai rakan ASEAN tetapi juga sebagai sahabat dan keluarga rapat,” katanya.

Mengenai situasi di Thailand, Anwar berharap proses pembentukan kerajaan baharu dipercepatkan.

Katanya, beliau akan segera menghubungi pimpinan negara itu sebaik sahaja keadaan kembali stabil.

“Kekuatan ASEAN bergantung kepada kestabilan negara anggotanya. Sebaik sahaja segala urusan di Thailand selesai, saya akan segera menghubungi pimpinan mereka,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Perdana Menteri ditemui selepas menghadiri program Temu Mesra MADANI Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menyantuni masyarakat dan solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, di sini, hari ini.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM