Maxim E-Hailing rai Hari Kebangsaan dengan pelbagai aktiviti komuniti di Sabah

KOTA KINABALU – Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68, Maxim E-Hailing meneruskan komitmennya terhadap masyarakat dengan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan melalui program tahunan Maxim’s E-Hailing Care di tiga bandar utama Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Menurut Pakar Perhubungan Awam Maxim E-Hailing Malaysia, Shafiqah Shajari, ini adalah tahun kelima berturut-turut penyertaan Maxim dalam sambutan Hari Kebangsaan sekali gus membuktikan komitmen syarikat terhadap semangat patriotisme, perpaduan komuniti dan budaya memberi semula kepada masyarakat.

“Negara kita dibina atas asas perpaduan, daya tahan dan semangat kemasyarakatan. Itulah yang cuba kami tampilkan melalui aktiviti Hari Kebangsaan Maxim.

“Kami percaya amalan memberi semula bukan sekadar tanggungjawab syarikat, tetapi juga sebagai rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Jelasnya, sempena Hari Kebangsaan Maxim turut tampil menyertai Perarakan Merdeka anjuran Kerajaan Negeri Sabah pada 31 Ogos 2025 di Kota Kinabalu.

“Maxim sebagai kontinjen ketujuh daripada 50, menampilkan lebih daripada 10 kenderaan e-hailing yang dihiasi Jalur Gemilang dan bendera Sabah sebagai simbol semangat kemerdekaan,” katanya.

Shafiqah berkata, Maxim juga bekerjasama dengan Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Duchess of Kent Sabdakan bagi menjayakan Kempen Hari Derma Darah Bersama Maxim di Sandakan pada 31 Ogos.

Beliau berkata, kempen itu menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan sebanyak 75 penderma darah hadir menjayakan kempen itu, terdiri daripada 30 pemandu e-hailing, lima kakitangan Maxim serta orang awam.

Sementara di Tawau, Maxim adakan konvoi patriotik dan lawatan ke Rumah Orang Tua Tawau (Air Panas) menerusi pasukan Maxim menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, sabun, syampu dan makanan kering, yang dibungkus dalam beg bertemakan patriotik.

“Para penghuni rumah turut menyertai beberapa aktiviti seperti berkongsi kisah lama tentang pengalaman mereka semasa awal kemerdekaan negara.

“Program ini, mengingatkan semua yang hadir bahawa erti kemerdekaan bukan sahaja kebebasan, tetapi juga keprihatinan dan kasih sayang sesama manusia,” ujarnya.

Justeru, Maxim E-Hailing mahu menjadi lebih daripada sekadar perkhidmatan pengangkutan tetapi sokongan terhadap komuniti menjadi teras utama misinya, dengan kepercayaan bahawa pertumbuhan perniagaan dan pembangunan masyarakat harus bergerak seiring.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar