Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah 2025 penuh semangat patriotik

KOTA KINABALU – Lebih 50,000 rakyat membanjiri Jalan Tun Fuad Stephens seawal pukul 7 pagi untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025 yang berlangsung dalam suasana penuh warna-warni dan semangat patriotik, pada Ahad.

Majlis gilang-gemilang itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Ketibaan Tun Musa disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun selaku Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah peringkat negeri.

Acara dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan utama yang membabitkan 103 anggota dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Luqman Hakim Sahar oleh Tun Musa.

Selepas itu, upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Sabah dan diikuti bacaan bacaan ikrar yang dilaksanakan oleh wakil-wakil anggota beruniform yang diketuai Superintenden Heryan Mohd Tahir.

Sebanyak 169 kontinjen membabitkan agensi kerajaan, badan beruniform, institusi pendidikan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan menyertai perbarisan, menzahirkan semangat perpaduan serta kecintaan terhadap tanah air.

Selesai perarakan, persembahan kawad senyap dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan persembahan khas Lembaga Kebudyaaan Negeri Sabah (LKNS) bertemakan ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ yang dimeriahkan dengan persembahan nyanyian artis tempatan dan tarian kontemporari pelajar sekolah.

Sambutan kali ini bukan sahaja mencerminkan kecintaan rakyat terhadap negara, malah meneguhkan mesej bahawa Hari Kebangsaan terus menjadi simbol perpaduan dan identiti nasional, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow