Pas: Doa untuk pimpinan, derita untuk rakyat

RAKYAT Indonesia marah kerana gaji ahli politik mereka melambung dan cukai tanah bangunan menjerut leher rakyat. Mereka turun ke jalan, menuntut keadilan.

Tetapi peliknya, bila perkara sama berlaku di negeri-negeri Pas, rakyatnya hanya diam. Kenapa? Kerana mereka sudah ditidurkan dengan janji pahala dan syurga yang dijual di pentas ceramah.

Hakikatnya:

ADUN Kelantan kenyang dengan kenaikan gaji, rakyat terus miskin mencari sesuap nasi.

MB Terengganu bergaji RM30,000 sebulan, paling tinggi di Semenanjung, sedangkan rakyat beratur ambil bantuan zakat.

Cukai tanah dan tarif air negeri Pas lebih mencekik daripada Selangor, negeri yang selalu jadi bahan makian mereka.

Jurang itu jelas – guru PASTI hanya RM600, tetapi MB kaya raya. Inilah wajah sebenar ‘parti Islam’ kononnya. Islam dijadikan perisai, rakyat dijadikan mangsa, pemimpin dijadikan raja.

Lebih sinis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji. Tetapi walaun yang kononnya ‘berjuang untuk rakyat’ tetap menyalak menuduh kerajaan menzalimi mereka. Sedangkan yang benar-benar menzalimi adalah pemimpin Pas sendiri.

Pas hari ini tidak lagi tentang perjuangan rakyat. Ia adalah kilang retorik agama, menjual doa untuk menutup derita rakyat. Walaun dibutakan dengan khutbah politik, sementara pemimpin mereka menambah selera dengan elaun dan gaji berpuluh ribu ringgit.

Indonesia sudah bangkit kerana politikus tamak. Malaysia pula masih ada rakyat yang rela ditipu, dipijak, dan diperdagangkan imannya untuk menyembah pemimpin hipokrit.

Pas tidak lagi parti Islam. Pas sudah jadi parti ilusi – parti doa untuk pemimpin, parti derita untuk rakyat.

“Punoh jahanam sek ni, pelawok atah darat kering, alik die boleh blake, alik orang lain kapir selalu.”

Related Posts

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

KERAJAAN Negeri Terengganu wajar diberikan kredit apabila baki hutang awam negeri berjaya dikurangkan dengan ketara. Namun, apabila angka itu digunakan sebagai bukti bahawa hampir RM800 juta hutang berjaya “dilunaskan” semata-mata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula