Peguam ibu Zara Qairina kecam fitnah berkait gambar dengan tokoh politik

PEGUAM mewakili ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, membidas tindakan pihak yang menyebarkan gambarnya bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, serta peguam Ram Singh, peguam bela salah seorang pelajar yang didakwa dalam kes kematian remaja tersebut.

Shahlan Jufri berkata, gambar berkenaan yang diambil pada Jun 2025 langsung tidak mempunyai kaitan dengan kes tragis yang sedang menarik perhatian umum.

“Sebaran gambar tersebut dengan cubaan untuk mengaitkan individu tertentu dengan kes ini merupakan satu fitnah yang berniat jahat serta bertujuan mengelirukan masyarakat.

“Saya tegaskan komitmen saya hanya kepada keadilan untuk Zara,” katanya dalam catatan di Facebook.

Menurut beliau, dakwaan dan spekulasi yang berleluasa di media sosial kononnya terdapat penglibatan tokoh berprofil tinggi dalam kes tersebut adalah tidak berasas.

Sebelum ini, seorang pembantu kepada Armizan telah membuat laporan polis berhubung satu video di TikTok yang dikatakan berunsur fitnah kerana cuba mengaitkan beliau dengan kematian Allahyarham Zara.

Shahlan menegaskan bahawa komitmen beliau selaku peguam adalah semata-mata untuk menegakkan keadilan buat Allahyarhamah Zara dan keluarganya, tanpa sebarang pengaruh luar.

“Untuk rekod, perkara-perkara utama telah pun dilaksanakan selepas pelantikan saya selaku peguam Zara.

“(Termasuklah) penggalian semula kubur telah berjaya, pelaksanaan post-mortem telah berjaya, berada di bilik bedah siasat selama lebih kurang lapan jam atas kehendak anak guam, memohon agar pelaku dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu maksimum 10 tahun dan permohonan inkues dibenarkan dan serang berjalan,” katanya.

“Sebagai peguam yang mewakili ibu Zara, saya bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih. Tujuan saya hanyalah satu, iaitu menegakkan keadilan dan memastikan integriti sistem perundangan terpelihara,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa segala usaha beliau adalah demi mencari kebenaran serta memastikan keadilan ditegakkan untuk Allahyarham Zara.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar