Penguatkuasaan aktif, Imigresen Sabah nafi tuduhan pegawai terima rasuah

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menolak sekeras-kerasnya dakwaan pegawainya terlibat dalam sebarang unsur rasuah sekali gus menegaskan operasi penguatkuasaan pihaknya di daerah ini dilaksana secara konsisten dan agresif. 

Pengarahnya, Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, setiap aduan dan maklumat risikan termasuk membabitkan pelancong China di daerah ini dipandang serius. 

“Setakat ini tiada aduan dalam negeri ni mahupun dari pelancong China sendiri yang mengatakan pegawai Imigresen ambil duit (menerima rasuah). 

“Kalau ada, saya dengan seriusnya tidak akan berkompromi dengan perkara sebegini yang memalukan negara dan memalukan jabatan,” katanya kepada media di Pejabat Imigresen Semporna, pada Rabu. 

Sitti Saleha berkata demikian sebagai turut mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing baru-baru ini berkenaan isu yang dikenal pasti selepas mengikuti operasi penguatkuasaan di sekitar Tawau selama dua hari. 

Dalam kenyataannya, Tiong berkata, terdapat kelemahan serius dikesan antaranya mengenai keselamatan pelancong di Sabah, isu pengoperasian haram, dakwaan rasuah dalam JIM dan lain-lain. 

Sehubungan itu, Sitti Saleha tegas menginginkan agar bukti dikemukakan sekiranya isu rasuah berkenaan wujud demi keadilan semua pihak. 

Sementara itu, mengulas lanjut berkenaan pelaksanaan moratorium penguatkuasaan bagi perladangan yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail, Sitti Saleha menyambut baik perkara itu dan perkara itu telah dibincang bersama Kerajaan Negeri. 

“Sebenarnya operasi kita adalah berfokus dan untuk setakat ini kita akan menangguhkan dulu operasi ladang-ladang ni sehingga ada satu arahan dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

“Bagaimanapun, sekiranya terdapat aduan berhubung kejadiran PATI di kawasan itu, kita akan melakukan pemeriksaan. 

“Dengan moratorium ini, tidak semestinya mereka (perladangan) selesa dengan keadaan ini kerana kami juga terpaksa bertindak berdasarkan aduan,” katanya.

Justeru, beliau memberi peringatan tegas kepada para majikan khususnya syarikat perladangan agar mendaftarkan pekerja mereka dengan sistem pendaftaran digital oleh Kerajaan Negeri.

Katanya, ini adalah peluang kepada majikan dan sekiranya mereka gagal memanfaatkan tempoh enam bulan bagi pendaftaran pekerja, operasi penguatkuasaan imigresen akan diteruskan.

Related Posts

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

PADAWAN – Sambutan Gawai Brumbiak Pinyawa 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan 14 kontinjen dalam perarakan budaya yang menjadi acara kemuncak program tersebut pada Ahad. Perarakan yang bermula dari Dewan Kampung Serumah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

MUKAH – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick bakal menikmati kemudahan dewan serbaguna baharu bernilai RM500,000 menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). Timbalan Menteri Ekonomi ⁠merangkap Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa