Enam kru langgar syarat lesen ditahan Maritim Malaysia

KUANTAN – Enam kru termasuk seorang tekong warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang selepas sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) digunakan mereka dipercayai melanggar syarat sah lesen.

Penahanan itu dibuat dalam operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari, Sabtu lalu oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia mengesan sebuah VNT jenis fiber pukat hanyut dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 0.23 batu nautika dari timur Pantai Pontian.

Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat enam individu berusia 21 hingga 37 tahun berada di atas VNT itu.

“Hasil siasatan mendapati VNT berkenaan disyaki melakukan tiga kesalahan iaitu pemilik tidak mengusahakan sendiri, gagal memaklumkan pertukaran enjin vesel serta membawa kru melebihi jumlah dibenarkan dalam syarat sah lesen.

“Kesemua kru bersama peralatan menangkap ikan serta hasil laut dianggarkan seberat lebih kurang 150 kilogram dirampas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, VNT tersebut diiring masuk ke Jeti Pos Maritim Malaysia Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985.

Related Posts

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

LAHAD DATU – Impian memiliki kediaman sendiri bertukar menjadi beban apabila sepasang suami isteri terpaksa menyewa bilik selepas rumah yang dibeli didapati terbengkalai dan tidak dapat diduduki. Difahamkan, pasangan berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

  • By Aden
  • August 5, 2026
PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma