Pergeseran Pemuda UMNO, DAPSY tidak jejaskan Kerajaan Perpaduan

KANGAR – Pertelingkahan antara Pemuda UMNO dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berhubung isu Jalur Gemilang dipasang terbalik tidak memberi sebarang kesan terhadap kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, gabungan parti-parti dalam kerajaan kini cukup kukuh kerana terbentuk daripada parti lama yang berpengalaman serta parti reformasi yang telah melalui pelbagai cabaran politik.

“Gabungan kedua parti lama dan reform ini menghidupkan satu sistem politik dan ekonomi baharu untuk pulihkan negara ini daripada banyak skandal dan masalah.

“Jadi, janganlah cari perbezaan yang boleh runtuhkan perpaduan itu. Kita boleh bercanggah tapi carilah titik persamaan,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan Parti Amanah 2025 di sini hari ini.

Menurutnya, isu Jalur Gemilang yang digantung secara terbalik sedang dalam siasatan polis dan mana-mana pihak didapati bersalah akan tetap dikenakan tindakan undang-undang tanpa mengira latar belakang.

“Siapa salah kenalah lalui proses undang-undang tapi tak bolehlah jadikan isu ini sebagai isu politik semata-mata untuk dapatkan sokongan.

“Sampai bila kita nak hidup dalam keadaan macam ini dan konflik kaum kadang-kadang tercetus disebabkan oleh benda-benda kecil sebegini,” katanya lagi.

Sebelum ini, DAPSY mengecam tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Salleh yang mengetuai perarakan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu sebagai provokatif, malah menggesa DAP memutuskan hubungan politik dengan beliau.

Bagaimanapun, Muhammad Faiz menegaskan bahawa insiden itu tidak menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan kerana asasnya adalah kestabilan politik dan keharmonian yang dibina atas semangat kebersamaan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Amanah akan diberikan kerusi untuk bertanding di Perlis dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) menerusi rundingan bersama parti komponen kerajaan.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji