Kg Karamunting Baharu diwartakan, 20 ekar tanah untuk penduduk

SANDAKAN – Tanah seluas 20 ekar di Kampung (Kg) Karamunting Baharu, di sini, secara rasmi diwartakan sebagai tanah kampung selepas lebih 60 tahun dinantikan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, proses pewartaan itu melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ketua kampung, tokoh masyarakat, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah.

“Bagi saya, ini adalah misi mustahil yang akhirnya berjaya direalisasikan hasil usaha bersama.

“Ia adalah permintaan lama penduduk yang sudah menunggu bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Tapak Tanah Pewartaan Kampung (Kg) Karamunting Baharu di Sekolah (SK) Karamunting, di sini pada Jumaat.

George berkata, sejak menjadi wakil rakyat pada 2018, beliau mewartakan tiga kampung iaitu Kg Bokara, Kg Air dan kini, Kampung Kg Baharu.

“Tanah kampung amat penting supaya penduduk tidak kehilangan tempat tinggal seperti yang berlaku di Kg BDC dahulu,” katanya.

Menurut George, pewartaan ini menjamin hak penduduk kampung dan mengelakkan risiko pengusiran jika tanah diambil semula oleh pemilik asal.

Dalam pada itu, George turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan atas sokongan terhadap usaha tersebut.

Selain itu, George berkata, Kerajaan Negeri melalui Ketua Menteri Sabah, meluluskan pembinaan sebuah dewan baharu untuk kegunaan penduduk Kg Karamunting, memandangkan mereka sebelum ini hanya menggunakan Dewan SK Karamunting bagi sebarang majlis.

Sementara itu, Ketua Kg Karamunting, Awang Japar berkata, penduduk telah menunggu lebih 60 tahun untuk melihat pewartaan tanah kampung itu.

“Memang banyak cabaran yang kita telah dapat hadapi. Contohnya pihak pengurusan dan pertukaran pemimpin, namun syukur usaha ini berjaya dilaksanakan dengan baik,” ujarnya.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar