Hajiji seru rakyat terus sokong kerajaan GRS di PRN17

SANDAKAN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru rakyat agar terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai dasar dan program untuk kesejahteraan rakyat, khususnya dalam soal pewartaan kampung, penyediaan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dan pembangunan pendidikan.

“Kalau wakil rakyat rajin bekerja, kenapa perlu kita cari orang lain.

“Datuk George Hiew Vun Zin sudah menunjukkan kemampuan dan saya amat menghargai sokongan beliau kepada kerajaan hari ini,” katanya se,asa berucap sempena Majlis Penyampaian Tapak Tanah Pewartaan Kampung (Kg) Karamunting Baharu di Sekolah Kebangsaan Karamunting, di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri baru-baru ini telah meluluskan hampir 40,000 ekar tanah di beberapa daerah termasuk Sipitang dan Tenom untuk diwartakan sebagai kampung.

Katanya, inisiatif ini bagi memastikan rakyat mempunyai penempatan yang sah, tidak lagi tinggal sebagai setinggan.

Hajiji turut menegaskan kerajaan pimpinannya prihatin terhadap nasib golongan susah apabila lebih 100,000 penerima e-Kasih menerima bantuan RM300 sebulan sepanjang tahun ini.

“Bukan itu sahaja, anak-anak pelajar tingkatan lima dan enam yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) turut menerima bantuan RM200.

“Kita tidak mahu hanya menumpukan kepada pembangunan ekonomi, tetapi rakyat kecil di kampung tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, politik fitnah dan perpecahan hanya akan merugikan negeri Sabah.

“Saya harap rakyat di Karamunting, Batu Sapi dan Sekong terus memberi sokongan kepada calon-calon GRS.

“Kalau kita rancang dengan baik, Insya-Allah Sabah mampu maju seperti negeri lain,” ujarnya.

Related Posts

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara