Sarawak tunggu penjelasan lanjut STIZ RMK13, komited sokong usaha Kerajaan Persekutuan

KUCHING – Sarawak masih belum menerima penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan Zon Khas Pelaburan Pelancongan (STIZ) yang diumumkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) baru-baru ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat ini, kerajaan Sarawak belum dimaklumkan mengenai butiran pelaksanaan mahupun kawasan yang bakal terlibat dalam inisiatif tersebut.

Menurut beliau, kemungkinan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di peringkat Persekutuan telah mengenal pasti lokasi strategik untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan utama, namun Sarawak akan menunggu maklumat selanjutnya sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Tambah Abdul Karim, pendekatan Sarawak selama ini lebih menumpukan promosi destinasi pelancongan utama negeri seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Niah, Sarawak Delta Geopark dan Festival Hutan Hujan Sedunia, tanpa mengamalkan konsep pengzonan seperti yang dicadangkan.

Beliau turut memaklumkan, sekiranya kawasan yang dicadangkan di bawah STIZ turut merangkumi destinasi pelancongan yang sudah lama dipromosikan oleh Sarawak, ia memperlihatkan keserasian hala tuju antara kerajaan negeri dengan Persekutuan.

“Sarawak amat mengalu-alukan sebarang dasar yang dapat memberi manfaat besar kepada rakyat dan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri, serta komited untuk menyelaraskan pelaksanaannya demi kebaikan bersama,” ujar Karim. 

Abdul Karim menambah, Sarawak akan terus melaksanakan strategi pelancongan sedia ada yang terbukti berkesan dengan hampir lima juta pelawat direkodkan tahun ini dan hasil kutipan pelancongan melebihi RM1 bilion setiap bulan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penutupan Youth EdXchange Programme 2025 di TEGAS Digital Village, Kuching pada Ahad. 

Sebagai makluman, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat baru-baru ini mengumumkan bahawa STIZ akan diwujudkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak bagi memperkasakan lagi produk pelancongan negara.

FOTO: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai