Kerajaan perketat kawal selia BNPL, pastikan tiada pengguna terbeban hutang tinggi

KUALA LUMPUR – Kerajaan bakal memperketat kawal selia terhadap industri Buy Now, Pay Later (BNPL), berikutan kebimbangan terhadap kadar faedah yang tinggi dan potensi beban hutang dalam kalangan pengguna, khususnya golongan muda.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) dan Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025 yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi asas penting dalam memastikan industri BNPL berkembang secara terkawal dan bertanggungjawab.

“SKP (Suruhanjaya Kredit Pengguna) akan mengambil pendekatan pengawalseliaan melalui standard pelakuan yang akan dirangka secara seimbang dan bersekadar.

“Kita juga akan mengambil kira untuk pinjaman yang dibuat secara patuh syariah agar mematuhi standard-standard yang ditetapkan,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (PH) Bentong, Young Syefura Othman yang membangkitkan isu kadar faedah melampau dan caj penalti berlebihan oleh penyedia BNPL yang tidak patuh syariah.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, kadar faedah oleh penyedia BNPL kini berada antara 15 hingga 34 peratus setahun, dengan kebanyakan mengenakan caj sekitar 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun.

“Walaupun ada penyedia yang tidak mengenakan sebarang caj faedah, kita sedang meneliti pendekatan yang terbaik agar tiada pengguna terperangkap dalam hutang tidak terkawal

“SKP akan diberi kuasa untuk menguatkuasakan pelbagai tindakan ke atas penyedia BNPL yang melanggar peraturan, termasuk denda pentadbiran, kompaun dan tindakan sivil atau jenayah jika perlu,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Ahli Parlimen (PN) Pendang, Datuk Awang Hashim yang mencadangkan agar kerajaan mengklasifikasikan sebahagian skim BNPL sebagai kredit berisiko sosial, Amir Hamzah berkata, kawalan ke atas produk akan dipertimbangkan sekiranya ia menjejaskan kesejahteraan pengguna.

Namun, beliau menegaskan bahawa industri BNPL masih dalam keadaan terkawal.

“Setakat 30 Jun 2025, jumlah pinjaman BNPL adalah sebanyak RM38 bilion, iaitu hanya 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah.

“Tunggakan pula hanya RM121.8 juta atau 3.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman BNPL,” katanya.

Bagi separuh pertama tahun ini sahaja, BNPL mencatat 102.6 juta transaksi bernilai RM9.3 bilion iaitu peningkatan 31 peratus berbanding tempoh enam bulan sebelumnya.

Kerajaan turut menekankan kepentingan pendidikan literasi kewangan sebagai langkah jangka panjang untuk memastikan rakyat membuat keputusan kewangan yang bijak dan tidak terperangkap dalam hutang berganda

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah