RM13.66 juta pelihara warisan budaya, seni Sabah

TAWAU – Sebanyak RM13.66 juta diperuntukkan Kerajaan Sabah bagi memastikan khazanah warisan budaya dan seni Sabah terus dipelihara.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri akan terus mempergiat usaha bagi menambah baik pemeliharaan warisan budaya untuk terus memacu dan memperkasa industri pelancongan di negeri ini.

“Saya yakin festival ini antara yang akan membawa impak besar terhadap sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

“Kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa sempena festival ini bukan setakat untuk mengenali khazanah budaya kita tetapi turut memberi limpahan rezeki kepada semua yang terlibat secara tidak
langsung.

“Ini termasuk usahawan, pengusaha inap desa, penggiat seni dan peniaga kecil sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.

“Ia juga satu medium untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga dan menghargai khazanah budaya yang tak ternilai,” katanya semasa Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) ke-10 2025 di Tawau.

Ucapan beliau disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Jelas Hajiji, seiring tema ‘Kepelbagaian Budaya: Pahlawan, Kraf Tangan dan Perkahwinan’, FKAT adalah manifestasi keindahan dan keunikan masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

“Festival ini bukan sahaja menjadi ruang pameran budaya, tetapi juga medan interaksi antara komuniti daripada pelbagai latar belakang termasuk peserta dari Kazakhstan, Indonesia dan Filipina.

“Ia turut memperkukuh peranan Tawau sebagai bandar sempadan yang kaya dengan jaringan diplomasi budaya dan kerjasama serantau,” katanya.

Sehubungan itu, festival ini menjadi wadah untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum, mempertingkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya serta memupuk rasa hormat dan penghargaan terhadap warisan nenek moyang.

Menurut Hajiji, pembinaan Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC) yang dijadualkan siap pada Disember 2027, sudah pasti akan menjadi hab kebudayaan dan pentas utama pertembungan seni serta warisan pelbagai etnik apabila siap kelak.

“Ini sekali gus akan melonjakkan Tawau sebagai pusat kebudayaan antarabangsa yang
berdaya saing,” ujarnya.

Acara yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada Sabtu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Sebanyak 30 etnik bersama tiga delegasi antarabangsa menampilkan keindahan serta keunikan tradisi masing-masing.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam