Program Bengkel SPM Score A Pendidikan Moral 2025 tingkatkan keyakinan pelajar dalam peperiksaan

MIRI – Program Bengkel SPM Score A Pendidikan Moral 2025 yang berlangsung di Miri mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan hampir 500 orang pelajar.

Sambutan yang mengalakkan ini menyebabkan program tersebut terpaksa diadakan dalam dua sesi berasingan bagi menampung jumlah peserta yang ramai.

Bengkel ini menampilkan Cikgu Jerome Lim Yew Siong sebagai penceramah, yang berkongsi teknik menjawab soalan Pendidikan Moral dengan tepat dan berkesan.

Melalui bengkel ini, pelajar bukan sahaja dapat mempelajari strategi untuk memperoleh keputusan cemerlang, malah dapat meningkatkan keyakinan diri mereka menjelang peperiksaan SPM.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Mah turut menyatakan komitmennya untuk terus memperluas penganjuran program seumpama ini dengan dua fokus utama.

Katanya, fokus pertama adalah untuk membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang dan memperoleh gred A dalam mata pelajaran terpilih.

“Kedua, menyediakan program motivasi dan bimbingan lulus SPM, terutamanya bagi mata pelajaran yang sering menjadi cabaran seperti Bahasa Melayu dan Sejarah, agar lebih ramai pelajar di Miri berjaya menamatkan persekolahan,” ujar beliau.

Berdasarkan statistik SPM 2024 PPD Miri, seramai 3,285 pelajar mendaftar untuk SPM 2024, dengan 3,193 pelajar menduduki peperiksaan. Daripada jumlah tersebut, 3,052 pelajar berjaya memperoleh Sijil SPM 2024 dengan lulus mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu.

Dalam perkembangan lain, beliau mengulas isu berkaitan simpanan persaraan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta penambahbaikan sistem pendidikan awal negara dijangka menjadi antara fokus utama dalam pelaksanaan Impak Makroekonomi Ke-13 (RMK13) bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Menurutnya, kerajaan mengambil maklum pelbagai pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh masyarakat, khususnya berhubung mekanisme baharu pengeluaran KWSP.

Antara cadangan yang diterima termasuklah pengeluaran secara separa dengan separuh dibenar dikeluarkan sekaligus dan selebihnya disalurkan secara bulanan. Beliau menegaskan bahawa isu tersebut mendapat perhatian serius kerajaan dan suara rakyat akan dibawa ke sesi perbahasan akan datang bagi mempertimbangkan pendekatan terbaik.

“Kami menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat dan pastinya ada yang bersetuju serta ada juga yang kurang bersetuju. Namun begitu, suara rakyat akan tetap dibawa untuk pertimbangan dalam perbahasan yang akan datang,” katanya apabila ditemu bual pada Majlis Perasmian Bengkel Teknik Skor A+ Pendidikan Moral pada pagi tadi.

Turut hadir Pengerusi Program, John Ling Yu Ngie; Pengarah Perkhidmatan Perunding L&P Miri, Lim Pang Ting; Pengetua SM Pei Min, Pui Mui Kiaw; para cikgu dan para pelajar.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur