Kebiadaban Fadhli Shaari wajar dikenakan tindakan segera – Pemuda Amanah Kedah

ALOR SETAR – Pemuda Amanah Kedah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung satu hantaran kartun berunsur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Facebook rasminya baru-baru ini.

Ketuanya, Muain Ahmad Shukri berkata, perbuatan tersebut memperlihatkan unsur kebiadaban politik yang melampau selain membentuk satu trend berbahaya yang dibimbangi menjejaskan kestabilan politik dan imej negara di peringkat global.

Menurutnya, kebebasan bersuara tidak wajar disalah guna untuk menghina pemimpin negara, apatah lagi dalam isu melibatkan hubungan diplomatik yang sensitif.

“Politik ada batasnya. Kebebasan bersuara tidak bererti bebas menghina,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar hari ini.

Menurut Muain, hantaran tersebut bukan sahaja menyemai kebencian awam, malah berpotensi mencetuskan ketegangan politik serta menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Saya mohon agar siasatan segera dijalankan terhadap hantaran karikatur tersebut yang memaparkan watak seperti monyet, kambing dan biri-biri, di samping gambar letupan, dipercayai satu sindiran sinis terhadap peranan Perdana Menteri dalam usaha mendamaikan ketegangan antara Thailand dan Kemboja,” katanya.

Tambah Muain, tindakan Ahmad Fadhli itu juga disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan, memandangkan kedudukan beliau sebagai Ketua Penerangan Pas dan seorang wakil rakyat.

“Hantaran berkenaan memperlekehkan maruah Perdana Menteri, meremehkan usaha diplomatik negara dan mencerminkan politik toksik yang menjurus kepada penghinaan terhadap institusi kepimpinan.

“Tindakan sebegini bukan sahaja mencabar batas kesopanan berpolitik, malah mampu menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara-negara ASEAN sekiranya imej pemimpin negara dijadikan bahan ejekan secara terbuka,” tegasnya.

Beliau turut menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, antaranya bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkaitan penyebaran kandungan jelik dan menghina.

“Kami gesa polis siasat hantaran tersebut bawah peruntukan undang-undang yang bersesuaian, ini termasuk Akta Hasutan 1948 sekiranya terdapat unsur yang menghasut rakyat membenci kerajaan.

“Siasatan juga boleh dilakukan bawah Kod Etika Wakil Rakyat dan Peraturan Mesyuarat Parlimen, atas dakwaan memburukkan imej negara secara terbuka. Tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap Ahmad Fadhli,” katanya.

Related Posts

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

PENEGASAN Perdana Menteri supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diangkat sebagai sebahagian daripada naratif nasional perlu dilihat sebagai peluang untuk menilai semula kefahaman rakyat terhadap sejarah, asas pembentukan dan makna Malaysia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18