Dia buat baik, ‘walaun’ balas tuba

Oleh: Safwan Afnan Auckland, KT

BiILA dia mendamaikan antara dua negara yang berperang, kau panggil dia monyet.

Bila dia bagi RM100, kau cakap sikit tak berbaloi.

Bila dia keluar negara cari pelaburan, kau cakap dia jalan-jalan cari potensi.

Bila dia terbukti bawa pelaburan, kau cakap dia kaki ‘claim’.

Bila dia ‘call’ pemimpin dunia yang lain (karisma yang patut ada pada pemimpin), kau menganjing.

Bila dia janji nak turunkan minyak masa lalu, waktu itu kau tak pilih dia.

Bila dia dah naik, kau tuntut janji dia dahulu.

Bila dia dah tunaikan janji menurunkan harga minyak, kau cakap harga minyak memang turun bukan kerana dia.

Bila dia buat subsidi bersasar, kau fitnah kata dia tarik subsidi.

Bila dia luaskan cukai kepada golongan maha kaya untuk bantu golongan miskin, kau kata dia zalim kepada rakyat.

Bila dia selesaikan isu tanah masjid yang dijual kepada kuil (berlarutan 10 tahun), kau kata dia bagi tanah free ke kaum India.

Bila dia selesaikan isu perumahan bandar yang usang, kau fitnah kata dia nak usir Melayu.

Bila dia gah suarakan kebebasan untuk Gaza di hadapan pemimpin Yahudi, kau kata dia zionis.

Bila TGNA sehingga akhir hayat percaya dia tidak bersalah isu liwat, kau tuduh dia gay sedangkan dalam Islam ada hukum qazaf.

Bila dia tak ambil gaji, kau kata macam-macam, tapi kau sokong yang makan gaji buta, yang masuk duit ke akaun parti, yang simpan jongkong emas dalam rumah, yang masuk duit ke akaun peribadi.

Bila dia beri duit untung padi kepada petani, kau tuduh dia hanya berani ‘pau’ jutawan Melayu. Sedangkan kau sokong yang ‘pau’ masuk akaun parti.

Bila dia keluar negara bina hubungan diplomatik, kau hina dia. Tapi kau sokong yang keluar melancong ke Auckland masa rakyat negeri itu sedang banjir.

Banyak lagi yang kau hina dia, walau dalam keadaan dia buat baik.

Yang kau suarakan itu bukan masalah negara, mahupun masalah agama. Tapi masalah hati kau.

“Summun bukmun umyun fahum la yarjiun.” – Al-Baqarah 171

Semoga kita dijauhkan dari penyakit hati yang buta, tuli dan bisu.

Dia tak sempurna, jangan taasub dan taat setia kepada dia. Tapi dia tidak layak untuk terima kebencian dan fitnah ini. Moga Allah berkati dan pimpin dia.

Siapa dia? Kau sendiri tahu.

Related Posts

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Politik agama menuntut disiplin ilmu, bukan kontroversi

KONTROVERSI melibatkan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Salleh baru-baru ini sekali lagi membuka perbahasan besar mengenai tanggungjawab pemimpin politik yang membawa imej agama dalam wacana awam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia