JENDELA Fasa Dua mula September

PUTRAJAYA – Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa dua dijangka bermula September ini dengan pendekatan lebih fleksibel bagi mempercepat liputan Internet di seluruh negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, fasa ini tidak lagi bergantung sepenuhnya pada pembinaan menara konvensional, sebaliknya menggunakan kaedah hibrid seperti ‘monopole’ 30 meter untuk liputan lebih pantas.

“Kita jangkakan tempoh pelaksanaan lebih cepat kerana tidak semua kawasan memerlukan menara tinggi.

“Pendekatan ini lebih efisien,“ katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi kawasan Parlimen Julau, liputan 4G di kawasan berpenduduk sudah mencapai 58.28 peratus.

Sebanyak 43 daripada 48 menara baharu siap beroperasi, manakala 44 stesen pemancar dinaik taraf.

Selain itu, 1,391 premis kini mempunyai capaian gentian optik, lapor Bernama.

Fahmi menjelaskan, pelaksanaan 5G di Julau masih dalam pertimbangan kerana keutamaan diberikan kepada kawasan bandar dan perindustrian.

Namun, perluasan ke luar bandar akan dilaksanakan secara berperingkat.

Kerajaan Sarawak turut memainkan peranan melalui projek SMART 600 dengan 29 menara sudah beroperasi dan 15 lagi dalam pembinaan.

Kerjasama antara MCMC dan SDEC juga diperkukuh bagi memastikan kesalinghubungan lebih baik di negeri itu.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula