Wanita ditemukan meninggal dunia di pusat beli-belah

SANDAKAN – Seorang wanita dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an ditemukan meninggal dunia di ruang terbuka tingkat empat bangunan pusat beli-belah, di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pukul 12.45 tengah hari berhubung kejadian itu.

“Pihak polis memohon bantuan untuk mengangkat mangsa yang berada di lokasi sukar diakses dari dalam bangunan.

“Sepasukan tujuh anggota bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer (km) dari balai dengan menggunakan dua jentera.

“Anggota bomba menggunakan kaedah rapeling dari tingkat lima untuk mengangkat mangsa menggunakan ‘junkin stretcher’,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Menurut Jimmy, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Setelah memastikan kawasan sekitar selamat operasi ditamatkan pada pukul 2.42 petang,” ujarnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP