RM44,730 saman tertunggak warga asing dikutip dalam 5 hari

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip kompaun berjumlah RM44,730 hasil Operasi Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) yang dijalankan selama lima hari di Kompleks ICQS Padang Besar baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, operasi melibatkan seramai 27 pegawai dan anggota itu dilaksanakan bermula 21 hingga hari ini.

“Sepanjang operasi, sebanyak 420 kenderaan milik warga asing telah diperiksa dan kita berjaya mengesan pelbagai kesalahan trafik yang dilakukan oleh mereka.

“Sebanyak 299 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik seperti pandu laju, nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut peraturan (bertulisan rumi), tiada lesen memandu dan tidak mematuhi syarat permit,” katanya.

Menurutnya, kesalahan tertinggi yang direkodkan adalah memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 237 saman daripada keseluruhan jumlah yang dikeluarkan.

“Paling menarik perhatian, sebuah van milik warga asing turut ditahan kerana memiliki 36 saman tertunggak dengan nilai keseluruhan RM5,780 dan berjaya diselesaikan serta-merta di lokasi,” katanya lagi.

Tambah beliau, sepanjang Januari hingga Julai tahun ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar telah mengeluarkan sebanyak 5,027 saman trafik.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,899 saman berjaya dijelaskan manakala 3,128 saman masih tertunggak melibatkan pelbagai kategori kesalahan.

Jelasnya, kutipan keseluruhan saman bagi tempoh itu mencecah RM183,230 hasil tindakan penguatkuasaan yang konsisten di lapangan.

“Orang ramai khususnya warga asing dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang trafik kepada pihak polis,” ujarnya.

Foto: PDRM

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah