TYT, isteri semarakkan Majlis Kesyukuran Hari Sarawak di Miri

MIRI — Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi berangkat menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Hari Sarawak 2025 yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Miri pada Isnin malam.

Ketibaan pasangan kenamaan tersebut sekitar jam 6.30 petang disambut mesra oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama barisan kepimpinan negeri dan tetamu kehormat.

Turut serta Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti  SarawakDatuk Seri Fatimah Abdullah; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus.

Hadir sama Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee; serta Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Majlis turut dihadir Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni; Peguam Besar Sarawak, Datuk Seri Saferi Ali; dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datuk Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel bersama ketua-ketua jabatan serta jemputan khas lain.

Acara dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Surah Yaasin dan doa kesyukuran yang dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadillah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Majlis turut disemarakkan dengan persembahan zikir marhaban oleh Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Miri yang menyerikan suasana dan membangkitkan rasa syukur serta kebersamaan.

Selepas solat Isyak berjemaah, para hadirin dijamu dengan santapan malam yang turut dihadiri oleh tetamu bukan beragama Islam sebagai simbol semangat perpaduan dan muafakat seperti yang digariskan dalam dasar ‘Segulai Sejalai’ kerajaan Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok